Thursday, July 9, 2009

JANJI-JANJI ALLAH S.W.T.


ikan di laut,
asam di darat.
dalam periuk,
bikin muafakat.

alangkah ruginya kita umat sesama islam bertelagah sedangkan umat kuffar bersatu memecahbelahkan kita. sungguh hinanya umat islam pada hari ini sehingga mengkafirkan sesama saudara seislam.apakah tidak ada lagi titik permuafakatan yang boleh dinoktahkan untuk kepentingan survival sejagat umat rahmatan lil 'alamin ini. adakah sudah tidak ada lagi? di manakah semangat perpaduan yang telah diwasiatkan oleh nabi S.A.W. apakah tidak cukup lagi peninggalan al-Quran dan Hadis Rasulullah untuk membawa umat ini bersatu padu. ingatlah musuh yang terbesar bagi umat sesama islami ialah syaitan dan nafsu. janganlah memperjuangkan sesuatu pendapat berasaskan nafsu untuk mencapai kemenangan. dalam membahaskan kebenaran atau salah tentang aliran wahhabi, aliran syiah, puak sunnah dan lain-lain aliran lagi, aku berpendapat janganlah kita sesama umat Muhammad S.A.W mengkafirkan antara satu sama lain telebih dahulu. memang diakui perbezaan pendapat akan berlaku. ini berserta dengan hujah yang dilemparkan sesuatu golongan ada kekuatannya yang tersendiri. tetapi janganlah kita berhujah, berdebat sehingga mencela para sahabat, ulamak-ulamak dan cendikiawan-cendikiawan. jika ini berlaku maka kita sudah lari dari prinsip yang sudah ditetapkan di dalam al-Quran. maka amat rugilah kita amat islam. ketika kita mahu memrangi puak-puak kuffar, dukacita pula kita persembahkan dengan perpecahan yang melanda sesama umat.ITTAKULLAH..!!

Friday, July 3, 2009

JANJI-JANJI ALLAH S.W.T.

kusam hari-hari,
indah bersamamu ya Allah.
bangkitkan kembali,
hidupku mengajakku ke rahmatMu.
inginku kembali,
mengenang seribu bayangMu ya Allah.
tak pedulikanku terjang,
biarpun harusku tembus gagasan kepahitan.

indah hidup yang dikurniakan tiada gunanya jika ia disulami dengan pendustaan. aku mengerti apa yang aku cari hanyalah sebuah pengertian tentang kebenaran. kali ini aku tidak mahu lagi bercerita tentang politik di negara kita. pada jam 7.30, aku telah melihat satu rancangan baru yang dikendalikan seorang bekas mufti. aku amat meminati pemikiran beliau. sungguh berani dan berkesan walaupun kadang-kadang tidak sehaluan dengan pemikiran ulamak lain yang lebih senior dari beliau. memang benar, kadang-kadang kita seakan-akan membutakan sahaja mata kita walaupun kita mengetahui perkara itu tidak benar dan dusta. terlalu banyak kelemahan masyarakat kita pada hari ini yang seakan-akan hanyut oleh arus golakan pemodenan. apa yang nk disentuh disini ialah tentang kesedaran beragama yang semakin berkurangan dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. namun begitu, seperti man yang telah difirmankan oleh Allah S.W.T. iaitu pasti ada segolongan yang lain yang akan memegang tali Allah S.W.T. menegakkan agama Allah S.W.T. mudah-mudahan golongan yang istimewa ini akan terus beristiqomah menjunjung janji-janji Allah S.W.T. aku teringat perkataan yang disematkan di dalam jiwaku yang sering kuucapkan........ ITTAKULLAH.....!!!