Monday, August 16, 2010

TERINGAT KEREMAJAANKU KETIKA DI KAMPUS (1).

ketika sedang membelek berita di akhbar online tentang pembelian jet pejuang oleh israel, PA teringat kembali ketika di zaman "pengkuliahkan diri" di universiti dahulu.

PA memang seorang yang sangat tersentuh dengan kesengsaraan penduduk palestin. setiap kali berita ataupun hal-hal yang berkaitan dengan palestin, mesti PA amik tahu. tak kisah la ape-ape pun hal yang berkaitan dengan palestin, tambah-tambah lagi dengan kesah perjuangan kehidupan rakyat palestin untuk melawan bangsa yahudi laknatullah.

ketika di kampus, pada semester pertama lagi, PA didedahkan dengan kisah-kisah tentang perjuangan umat palestin oleh brother2 yang ada kaitan dengan pertubuhan dakwah, ketika minggu haluan siswa, dalam satu program. mereka-mereka ni, memang satu kepala dengan PA iaitu untuk melihat masjidil Aqsa bebas dari israel.

ketika mengkisahkan tentang hal-hal yang berkaitan palestin, di akhir2 program, brother2 yang handle program tersebut, telah memberikan 3 soalan kuiz untuk para siswa-siswi. walaupun PA, tidak menjawab soalan tersebut, 2 soalan darinya adalah jawapan yang PA bisikkan kepada kawan. hadiahnya, ialah sebuah buku.

ketika, israel menyerang hizbullah, kami persatuan mahasiswa islam, telah mengadakan demonstrasi di dalam kampus untuk menunjukkan kemarahan kami terhadap serangan israel tersebut. walaupun demonstrasi itu tidak mendapat permit dari HEP kerana AUKU, namun kami tetap melaksanakan. pelajar-pelajar antarabangsa yang belajar di situ juga turut serta. apa yang menyedihkan adalah, halangan dari pihak HEP. kami melakukan bantahan secara aman, namun digasak oleh pengawal keselamatan supaya bersurai.

ketika seminar tentang palestin diadakan,  seorang penceramah menunjukkan slide gambar. satu gambar menunjukkan kubah al sakhra dan satu lagi gambar masjid aqsa. penceramah itu menanyakan yang mana satukah masjid aqsa yang sebenar. hadirin yang ada termasuk pensyarah terpinga-pinga, kerana mereka keliru yang mane satu masjid aqsa dan mane satu kubah al-sakhra. hanya 10 orang sahaja dengan penuh yakin menjawab dengan betul yang mane satu masjid aqsa dan yang mana satu kubah al sakhra. memang ternyata tipu daya yahudi seakan-akan berjaya dalam hal ini. namun, Allah bersumpah bawasanya, tipu daya Allah lebih berkesan berbanding tipu daya oleh musuh Allah!!

peta menunjukkan tentang wajah sebenar serta kedudukan masjid al-aqsa dan kubah al-sakhra (dome of the rock)







isu palestin bukanlah isu umat palestin sahaja kerana disitu adalah qiblat pertama kita, umat islam. jadi, janganlah kita melepaskan tanggungjawab pembebasannya terhadap umat palestin sahaja. kita seharusnya berganding bahu bersama. usaha yang dilakukan sejak kebelakangan ini untuk menghantar bantuan kepada umat palestin, amat disanjung. ape yang perlu ditekankan disini ialah, janganlah bantuan sama ada secara fizikal mahupun sokongan moral dan psikologi, dilakukan secara bermusim!! kita seharusnya berterusan untuk membantu mereka.

wallahualam....