Thursday, January 14, 2010

JANJI-JANJI ALLAH S.W.T.

Saya rasa ramai yang agak keliru terhadap kenyataan rasmi PAS yang membenarkan kalangan Kristian Katholik menggunakan Kalimah 'Allah' khususnya berhubung tuntutan akhbar mingguan Katholik Herald. Dikalangan PAS sendiri ada yang pro dan ada yang kontra berhubung isu ini menyebabkan TGHA terpaksa membuat kenyataan yang lebih terperinci berhubung pendirian PAS itu.
Walau bagaimana pun, beliau menegaskan :
Kesimpulannya, kita tidak boleh melarang mereka menggunakan perkataan Allah di kalangan mereka sendiri, dalam ibadat mereka dan amalan mereka, walau pun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita. Adapun menggunakan perkataan Allah oleh mereka terhadap masyarakat Islam untuk menyebarkan agama mereka dengan fahaman mereka, atau menjadikan perkataan Allah sekadar mengubah jenama bagi melariskan barangan dalam masyarakat Islam, tidak boleh dizinkan sama sekali. Ini adalah kerana menyalahgunakan perkataan Allah yang Maha Suci kepada umat Islam dan bercanggah dengan makna mengikut bahasa yang diamal oleh umat Islam, adalah dikira menodai kesucian dan kemurnian kalimah Allah di hadapan umat Islam. 
[lihat disini]
Pendirian resmi PAS dilihat agak terbuka dan sederhana. Antara perkara yang dinyatakan oleh PAS ialah:
PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi. Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.
PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat [klik sini] Saya menyokong penuh kenyataan rasmi tersebut bahawa 'Islam tidak melarang' . Sepertimana Islam tidak melarang orang bukan Islam makan babi atau minum arak.Namun larangan tersebut bukan bermakna Islam suruh mereka buat atau beri galakan kepada mereka supaya membuatnya.Islam tidak larang tetapi ada perkara-perkara atau syarat-syarat tertentu yang perlu di hormati.


Selain Katholik ,khabarnya agama Sikh juga menggunakan kalimah Allah dan saya sendiri pernah terkeliru menyangkakan Gurdwara Sikh sebagai masjid kerana bentuk bina bangunannya yang hampir menyamai bentuk masjid! (gambar kiri 'Wadda' Gurdwara Sahib - Penang)

Lihat pula agama Bahai yang juga menggunakan nama Allah sebagai tuhan mereka.Kalau lihat pada gambar pengasasnya boleh mengalahkan Tok Guru pondok di mana-mana pun.Mereka juga gunakan kaliman Allah
Baha'ullah pengasas agama Bahai
`Abdu'l-Bahá (no 3 barisan depan ) pengasas agama
Bahai , bersama adik beradik serta pengikutnya.
Namun apa yang pentingnya adalah penggunaan kalimah tersebut tidak disalahgunakan bagi mengelirukan atau yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.PAS telah menyatakan pendiriannya berhubung perkara ini. Kerajaan seharusnya bertindak segera dengan memanggil mereka yang terlibat ke meja perundingan agar dapat merungkai masalah yang dihadapi dengan cara yang sebaik mungkin.Tolak ansur di semua pihak amat diperlukan agar keharmonian dan keamanan negara tidak tergugat.
Tentunya kita semua tidak mahu melihat keadaan seperti mana gambar yang disertakan berikut yang kini boleh terdapat di Malaysia Timur.Keadaan inilah yang PAS sendiri sifatkan sebagai menyalahgunakan kerana boleh mengelirukan dan menjejaskan keharmonian kaum dan agama .PAS tidak mahu perkara sebegini turut berlaku di negara ini.


al-Husseyn