Saturday, September 18, 2010

kes edit -mengedit------>masih ingatkah lagi pada kes edit sebuah payung sebuah parti politik...hehehe

apabila mengingatkan kembali tentang media yang suke mengampu pemimpin mereka, kawe tersenyum lebar. masakan tidak, walaupun editan mereka pada gambar hanya sedikit, tetapi kesannya amat besar.


dilaporkan, akhbar pemerintah pro Mesir, Al-Ahram, telah mengedit gambar sekeping gambar supaya Presiden Mesir, Hosni Mubarak dilihat berada di barisan depan pemimpin yang menyertai rundingan damai konflik Israel-Palestin di White House.

tujuan editan dilakukan tidak lain dan tidak bukan untuk mengampu pemimpim mereka. ini semua hanyalah untuk meletakkan imej yang tinggi di mata rakyat mereka.


Al-Ahram's Photoshopped image of President Hosni Mubarak at the Middle East peace talks.
yang disiarkan akhbar Al-Ahram menunjukkan Hosni Mubarak berada di depan barisan beberapa pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama di White House pada Selasa lepas.

 US President Barack Obama leads President Hosni Mubarak.
gambar sebenar yang menunjukkan Hosni Mubarak berada di barisan paling belakang (kiri) manakala Barack Obama mengetuai para pemimpin dunia lain di White House, Washington.


di malaysia, ape kurangnya. terutama sekali akhbar arus perdana yang mempunyai kaitan dengan pemerintah semata-mata menjadi pengampu serta menjaga imej di mata rakyat dengan menggunakan berbagai cara sehinggakan disaman.


ingatan aku melayang pada kes gambar payung yang diedit oleh sebuah akhbar perdana semata-mata mahu menjaga imej sebuah parti...hehehe 


akhbar apakah itu....?
parti politik apakah itu....?
siapakah ketua kementerian yang berkaitan dengan hal-hal media kerajaan itu...?


fikir-fikirkan......