Sunday, July 25, 2010

JIHAD BAHASA

kebelakangan ini, boleh dikatakan setiap hari ada saje kes buang bayi yag mana hampir keseluruhannya membabitkan remaja yang terlanjur "bercinta" hingga tidak ingat dunia, mata menjadi buta untuk mengenal yang mana dusta, yang mana cinta, menjadi "nana" di dalam kegelapan nafsu, menjadi bisu di dalam dakapan kebatilan.

dalam pada itu, dunia politik terus bergelumang ke dalam kancah kepolitikan mereka, dunia kerja terus bergelumang dengan usaha mereka, dunia pendidikan terus menunggang ilmu serta dunia dakwah terus menentang kebatilan. namun begitu persoalan yang masih berlegar, mengapa masih timbul gejala sosial dikala segala usaha ke arah pembetulan amalan, akidah mahupun sahsiah manusia terus digerakkan. yang lebih teruk adalah, semakin hari semakin menjadi-jadi, semakin ngeri.

pada tulisan kali ini, sy ingin memberi cadangan tentang istilah yang sy gelarkan "jihad bahasa" dalam menangani masalah sosial ini, serta memberi idea serba sedikit sebagai penambahan kepada "molekul-molekul" dakwah yang sudah ada sebelum ini.

apabila dasar ppsmi diperkenalkan oleh kerajaan, maka ramailah pencinta bahasa naik berang membantah dasar tersebut kerana ingin mempertahankan bahasa melayu. kalu kita lihat, bahasa juga sangat penting dalam pengekalan jati diri bangsa. oleh demikian, bahasa juga sangat penting kepada dakwah islam.

apa yang sy mahu tekankan di dalam "jihad bahasa" ialah, tentang penggunaan istilah yang sangat tidak kena dengan maksud kepada sesuatu perkataan tersebut. mungkinb ianya nampak remeh, tetapi bak kata ibnu baaz, kalau tidak ada yang remeh masakan datang yang berat.

kalau kita lihat pada pelbagai bahan tulisan yang ada pada hari ini mahupun penyampaian media elektronik, kebanyakannya menggunakan istilah yang bukan saje tidak tepat, malah boleh menimbulkan ketidaktakutan terhadap Allah walaupun secara tidak lansung. contohnya, penggunaan perkataan seks bebas. istilah ini tidak seharusnya digunakan di dalam penyampaian oleh media-media kerana istilah ini sendiri tidak menggambarkan perlakuan itu sebagai perlakuan yang buruk ataupun berdosa. apabila orang ramai mendengar istilah ini, mereka tidak menggambarkan perlakuan ini adalah satu perbuatan yang berdosa malah mereka mungkin juga memikirkan ia sesuatu yang menyeronokkan. oleh itu, istilah seks bebas haruslah ditukar kepada istilah zina ataupun istilah yang lain yang akan memberi gambaran bahawa perbuatan itu adalah perbuatan yang terkutuk yang mendatangkan dosa.

istilah khalwat juga digambarkan secara salah oleh media hari ini. kalau mengikut istilah islam, khalwat adalah merupakan amalan nabi S.A.W iaitu menyendirikan di tempat yang tersembunyi untuk bermunajat kepada Allah. malangnya, pada hari ini, istilah ini diberikan kepada pasangan yang berdua-duaan di tempat yang tersembunyi yang membawa kepada fitnah.

wallahualam...