Sunday, August 22, 2010

RIBUT LAGI MELANDA BAZAAR RAMADHAN

semalam, satu lagi kejadian ribut menimpa bazaar ramdhan yang  bersebelahan padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) . hari tu, di melaka, sekarang ni di pahang. sekali imbas, kt boleh agak mengapa Allah turunkan ribut yang boleh dikategorikan sebagai bala itu. Allah telah mengingatkan kita, apabila kt dikelilingi maksiat, walaupun peniaga tidak melakukan maksiat, kesannya tetap akan terkena.



Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.10 petang ketika bazar tersebut dipenuhi orang ramai yang sedang membeli juadah berbuka puasa di situ.Keadaan itu menyebabkan 42 daripada 190 peniaga mengalami kerugian akibat kemusnahan harta benda, barangan jualan makanan serta minuman.


sudah semestinya, ramai anak-anak muda yang pergi ke bazaar untuk membeli makanan. apa yang menjadi kemaksiatan adalah kehadiran gadis-gadis seksa yang menggedikkan diri untuk merayau-rayau yang bukan hanya bertujuan untuk membeli makanan tetapi umpama sehelai daun yang luruh tanpa tujuan. kegedikan daun itu terserlah. pakaian yang disarungkan anak-anak gadis, menampakkan keseksaan rohaninya. dengan gaya yang berjalan umpama kucing, menampakkan kemaksiatan.


sementelah pula, pemuda-pemuda yang gantang terus "mengusya" gadis-gadis itu. maka terjadilah maksiat mata. maksiat hati memang sudah terjadi dengan niat untuk mencari "ketenangan". maka tidak hairanlah, bala menimpa. 


ini hanyalah satu contoh bagaimana memungkinkan turunnya bala Allah. masih terdapat banyak lagi kemungkaran yang terlaksana yang sebahagian besarnya tanpa disedari.


wallahualam...

TERAWIH

semalaman PA memikirkan apakah kelebihan-kelebihan yang ada pada angka 11 dengan 21 di dalam bilangan rakaat terawihberserta witir. pikir punye pikir, maka satu kesimpulan telah dibuat. namun dari kesimpulan yang PA buat, janganlah sesekali kita menyesatkan antara satu sama lain semata-mata perbezaan rakaat di dalam sunat terawih. perbezaan ini hanyalah perkara furuj ataupun ranting yang tidak akan membawa kesesatan terhadap akidah umat islam, insya'Allah.

ternyata, apabila imam membaca ayat-ayat al-quran untuk menghabiskan 21 rakaat, pembacaan imam ternyata lebih laju benbanding imam yang membaca ayat al-quran untuk menghabiskan 11 rakaat terawih yang berserta witir. maka sudah tentu, pembacaan imam dari anggapan PA, kurang merdu dari segi lenggok lagu. ayat-ayat Allah, sekiranya dibaca secara perlahan, ternyata lebih merdu dan lebih menyentuh naluri makmum.

umat islam haruslah membaca al-Quran bukan hanya setakat membaca tetapi kalau lebih baik lagi, menghayati bacaan tersebut sama ada dari segi makna dan juga lenggok-lenggok lagu yang dibaca. kalau di mekah dan madinah, bacaan imam seperti al-sudais, al-afasy, al-ghamidi, bacaan mereka-mereka ini sungguh merdu. maka sudah tentu dapat menyentuh naluri dan jiwa makmum yang mendengar bacaan mereka.

sesetegngah masjid di ibu kota yang mengimport imam-imam yang dibawa dari negara timur tengah, bagi PA sangatlah terpuji usaha mereka-mereka itu supaya dapat menarik orang ramai datang berterawih. memang ternyata dengan kemerduan lantunan suara imam-imam import itu dalam melontarkan ayat-ayat Allah, telah memberi  satu kepuasan terhadap makmum. maka tidak hairanlah imam-imam ini dibayar belsan ribu ringgit semata-mata untuk mengimamkan solat di masjid. kebanyaka wang yang digunakan untuk membayar iamm-imam ini adalah dari sumbangan seseorang penderma.

seperti tahun-tahun yang sudah, apabila ramadhan menginjak pertengahan, semakin menurun semangat orang ramai untuk melaksanakan terawih terutama sekali anak-anak muda. namun begitu, usaha anak-anak muda yang datang untuk melakukan terawih amatlah dipuji kerana masih ada sinar keimanan di dalam diri mereka untuk melakukan amal-ibadat yang seterusnya memperkukuhkan keimanan di dalam hati.

wallahualam..