Wednesday, July 28, 2010

IMAN+HATI VS PSIKOLOGI+AKAL FIKIRAN

Allah berfirman bahawasanya, di dalam badan manusia ada seketul darah yang mana di situlah dapat membezakan antara manusia yang baik dengan manusia yang tidak baik. nabi pernah mengatakan bahawa, manusia yang baik adalah manusia yang bersih hatinya. serta, segala penyakit rohani adalah berpunca daripada kekotoran yang ada di dalam hati seseorang. namun begitu, jika kita menggunakan hati kita melalui niat yang baik, kita sudah mendapat ganjaran pahala walaupun sesuatu yang diniatkan itu belum tentu lagi kita mahu ataupun mampu melakukannya.

dikala kini, didapati terlalu banyak penyakit rohani yang melanda manusia terutamanya golongan remaja yang mana, golongan ini masih tercari-cari identitinya sendiri di dalm kehidupan. mereka seringkali sahaja melakukan sesuatu perkara melalui gerak hati. maka di sini, sekiranya hati mereka itu bersih, maka, jalan yang mereka pilih kemungkinan besar adalah jalan yang diberkati. manakala perbuatan yang mereka lakukan kemungkinan besar adalah perbuatan yang tidak memudaratkan. terlalu banyak akibat yang timbul disebabkan seseorang mengalami penyakit rohani seperti, penzinaan, mabuk, menagih dadah dan banyak lagi. akibat dari penyakit2 ini, ia akan berlarutan kepada jenayah2 yang lain. maka, timbul pula jenayah pembuangan bayi akibat dari penzinaan, meragut akibat dari penagihan dadah dan pelbagai lagi jenayah yang lain.

jarang sekali ahli falsafah barat menitikberatkan soal penyakit rohani kerana di dalam agama mereka tidak terlalu menekankan dengan terperinci. kebanyakan mereka mengatakan ia sebagai masalah psikologi semata-mata tanpa menyedari bahawa psikologi manusia dapat dikawal oleh hati iaitu iman. konsep yang dianjurkan islam adalah bertepatan dengan lahiriah manusia melalui konsep iman. iman adalah suatu intepretasi dari kawalan yang ada di dalam hati dan seterusnya dapat mengawal psikologi manusia untuk membezakan antara yang baik dengan yang buruk.

WALLAHUALAM