Tuesday, September 14, 2010

BOLA RAYE (mesti baca)

makan lemang dengan serunding,

serunding ayam, serunding ikan,
klate gomo pongoh nogori si jang,
biar sampai si jang tk lalu makan.

si jang datang ke kB ingin melawan,
klate tunggu dengan penuh senyuman,
di stadium saksi semua kebenaran,
ternyata si jang longlai kena semban.

talaha, indera, senjata yang ampuh,
zaqwan injured si jang tempang,
gelombang red worrior semestinye riuh,
menyaksikan skuad si jang kena lempang



malam ini, akan berlansungnya perlawanan piala malaysia yang membabitkan 4 kumpulan. paling mendapat tumpuan semestinya pertembungan antara finalis piala malaysia tahun 2009 antara kelantan dengan negeri sembilan. kelantan akan melayan negeri sembilan di stadium keramat mereka iaitu stadium sultan mohammad ke IV. ternyata perlawanan ini akan memperlihatkan aksi yang sangat-sangat ditunggu-tunggu kerana di stadium ini lah juga terjadinya tragedi rusuhan penyokong-penyokong kelantan yang tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan pengadil pada separuh akhir piala FA tahun 2009.


                                                                      tidak puas hati

bermulanya dari perlawanan itulah, kehangatan perlawanan kedua-dua pasukan ini diheret ke perlawanan akhir piala malaysia pada tahun tersebut juga. di stadium nasional, dipenuhi oleh para penyokong kedua-dua pasukan yang mana penyokong kelantan memenuhi hampir 70% dari kapasiti stadium nasional bukit jalil. namun prestasi kelantan pada masa itu tidak berada di dalam prestasi yang sebenar sehingga senang diperkotak-katikkan oleh skuad si jang. kehangatan pertembungan kedua-dua pasukan ini juga terus menerus ketika berlansungnya perlawanan liga super. ternyata aksi yang padu sentiasa dipamerkan.

                                                              dendam lama kembali lagi



kehangatan pertembungan kedua-dua pasukan semakin menjadi-jadi apabila diundi di dalam satu kumpulan pada piala malaysia 2010. ditambah pula dengan kehangatan suasana perayaan yang masih lagi diraikan, ternyata perlawanan ini sangat ditungg-tunggu oleh semua peminat bola sepak di malaysia.

dianggarkan hampir 60000 peminat-peminat kelantan akan pergi menonton perlawanan ini di stadium serta screen besar yang akan diletakkan pihak stadium di perkarangan stadium.rata-rata rakyat kelantan yang balik berhari raye masih lagi bercuti ataupun menyambung cuti semata-mata ingin menyaksikan sendiri perlawanan pasukan negeri sendiri beraksi di gelanggang sendiri. suatu suasana yang seakan-akan perlawanan akhir piala malaysia mungkin akan terjadi. kemungkinan juga, bunyi mercun akan sentiasa berdentuman memandangkan sambutan hari raye masih lagi diteruskan. namun begitu, sebagai peminat kelantan, PA merasakan klate akan memperbudakkan skuad si jang pada malam ini. gomo klate gomo... wallahualam...