Thursday, September 16, 2010

media melancarkan "perang" dengan penyokong red worrior

sekali lagi media seolah-olah melancarkan perang psikologi terhadap peminat-peminat bola sepak negeri kelantan yang juga digelar skuad  "pahlawan merah".akhbar utusan telah meletakkan berita perlawanan piala malaysia antara kelantan dengan negeri sembilan di slot muka depan hanya kerana beberapa insiden melontar mercun yang dilakukan oleh segelintir penyokong kelantan. yang nyata adalah laporan yag dibuat oleh media-media menunjukkan seolah-olah insiden melontar mercun itu terlalu serius. ada yang menggambarkan seolah-olah medan pertempuran, walhal insiden itu berlaku hanya beberapa saat saja. istilah yang digunakan itu terlalu melampau kerana insiden tersebut hanyalah beberapa kali saja berlaku. mungkin tak sampai 20 biji mercun bola dilontarkan.

yang nyata, laporan media-media yang berat sebelah tersebut telah membuatkan penyokong-penyokong the red worrior naik berang. masakan tidak. pernah juga penyokong-penyokong pasukan lain melontarkan mercun semasa perlawanan pasukan mereka berlansung, namun media seolah-olah menutup mata terhadap insiden tersebut. apabila ia dilakukan oleh penyokong kelantan, media-media seolah-olah mendapat tonik tambahan untuk menghentam perlakuan para penyokong kelantan. di sini menampakkan sikap double standard yang diamalkan kebanyakan media di negara malaysia terhadap peminat bola sepak negeri kelantan.

pada wall facebook The red worrior yang merupakan akaun facebook rasmi bagi penyokong pasukan kelantan, telah dipenuhi komen-komen peminat yang menyatakan ketidak puasan hati mereka terhadap laporan media mengenai insiden mercun tersebut. rata-rata menyatakan laporan media terlalu merendah-rendahkan sikap para penyokong pasukan kelantan.

perlu diingat, bukan semua penyokong yang melontarkan mercun tersebut. kemungkinan hanya 5,6 orang sahaja yang melakukannya. laporan yang dibuat oleh media amat-amat keterlaluan. ungkapan kerana nila setitik rosak susu sebelanga tidak harus diguna pakai oleh media untuk menghentam para peminat bola sepak kelantan keseluruhannya. oleh kerana beberapa orang saja yang membuat kacau, janganlah dihentam semuanya.

yang menjadi persoalan, apa yang positif yang dilakukan oleh pasukan kelantan, kurang mendapat liputan media. contohnye, penjenamaan semula pasukan the red worrior yang mana, ia berjaya dengan cemerlang memacu kemajuan bola sepak kelantan. berapa kerap sangat kejayaan penjenamaan semula ini terpampang di dada akhbar. dengan kembalinya kegemilangan bolasepak kelantan, sebenarnya aspirasi inilah juga yang telah menyemarakkan sedikit sebanyak kemeriahan suasana bola sepak di malaysia. masakan tidak. buktinya dapat dilihat pada musim 2009. peminat memenuhi segenap ruang stadium perlawanan akhir piala fA dan piala malaysia yang mana, sebelum ini, sambutan sebegitu tidak pernah dilakukan oleh para penyokong pasukan lain.

media haruslah bebas dari tekanan politik supaya telus dalam menyebarkan maklumat. bukannya bersikap double standard dalam keadaan tertentu. sikap sebegini hanya akan merugikan industri sukan di tanah air kita.