Sunday, August 15, 2010

BERSIAP SEDIA UNTUK JIHAD FI SABILILLAH!!

Kementerian Pertahanan Israel telah meluluskan pembelian 20 buah jet pejuang terbaru F-35 buatan Amerika Syarikat (AS) bernilai AS$4 bilion (RM12.7 bilion). ini menunjukkan rejim laknatullah ini sedang dalam persiapan untuk menyerang republik islam iran.
Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak dalam satu kenyataan semalam berkata, kelulusan pembelian tersebut turut meliputi alat-alat ganti dan khidmat jaminan dibiayai menerusi dana bantuan tentera AS kepada rejim Israel.
Pesawat yang dikeluarkan firma AS, Lockhead Martin itu turut dikenali sebagai jet pejuang pelbagai fungsi selain ia tidak mampu dikesan oleh sistem radar musuh yang disifatkan sebagai persediaan untuk menghadapi serangan nuklear Iran.
bagi umat islam seluruh dunia, kita haruslah berjuang bersama umat islam di iran sekiranya mereka diserang walaupun mereka berfahaman syiah. dan bagi sesiapa yang mengkafirkan syiah, eloklah berlapang dada dalam perbezaan dengan puak-puak syiah kerana mereka juga saudara seagama kita!! 
wallahualam...


TENGOK BOLEH, PERCAYA.... , ERRR......?

Kajian Merdeka Centre..... mendapati:


1) 6 daripada 10 rakyat Malaysia tidak percaya media arus perdana.
2) 57 peratus orang Melayu tidak percaya pada laporan media arus perdana
3) 58 peratus responden Cina tidak percaya pada media arus perdana 


 klik sini


ulasan PA:


1) ana memang takkan percaya kalau berita pasal politik kat tv.
2) tengok boleh, percaya tak boleh. ape yang dilaporkan mesti diterbalikkan laporan tersebut.

UMAT ISLAM DI AMERIKA TAKUT NAK RAYE?

kebetulan ditakdirkan umat islam di amerika akan raye tahun ni bersamaan dengan 11 september, di mana tarikh ni lah tarikh yang keramat bagi semua penduduk dunia yang dapat menyaksikan bermulanya penjajahan dalam dunia moden terhadap umat islam. peristiwa 11 september yang penuh penipuan telah digambarkan secara menakutkan kepada manusia seperti ayam melihat pisau yang berdarah. peristiwa inilah juga dijadikan turning point oleh dajjal amerika untuk melaungkan "jihad" mereka terhadap umat islam.

maka, diserangnya negara umat islam yang pertama iaitu afghanistan yang mana mereka menceroboh sewenang-wenangnya seperti harimau kelaparan sayur, tanpa belas kasihan. alasannya ialah untuk menangkap osama ben laden yang juga bekas tali barut mereka dalam pengusiran soviet union satu ketika dulu. perjuangan osama masih lagi dipandang menyeleweng oleh gerakan-gerakan islam yang lain walaupun osama kerap kali juga melaungkan jihad fi sabilillah.

tidak cukup dengan afghanistan, iraq pula menjadi mangsa kerana hanya disyaki terdapatnya senjata nuklear yang tidak dapat dibuktikan!! malah sampai ke hari ini, dengan penuh memalukan bush terpaksa menutup mukanye dengan seluar dalamnya kerana, tidak dapat menunjukkan sedikitpun bukti tentang nuklear yang dibangunkan iraq. tetapi, mereka kemudiannya menukar slogan peperangan mereka kepada slogan pembebasan iraq.

sekarang ini iran pula ditekan!! ini hanyalah kisah2 kepada permulaan islamphobia yang dimulakan oleh mnate bush dan sekutu-sekutunya!!


hari ni, Pertubuhan-pertubuhan Islam Amerika Syarikat (AS) menggesa agensi penguatkuasa berkawal pada Hari Raya Aidilfitri bulan depan, yang kebetulan disambut pada 11 September, ulang tahun kesembilan serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Pengarah Komunikasi Majlis Hal Ehwal Awam Islam (MPAC), Edina Lekovic berkata, agensi tempatan dan persekutuan seluruh negara diminta berjaga-jaga semasa Aidilfitri.
Menurutnya, amaran dibuat berdasarkan 'persekitaran Islamofobia yang kian memuncak' sejak beberapa bulan lalu, berikutan bantahan terhadap rancangan pembinaan pusat Islam dan masjid di Manhattan, tidak jauh dari tapak Ground Zero.


tk lama lagi spupu PA juga akan ke amerika untuk belajar kat sane. tak tahulah macam mane dia nak hadapi suasan kat sane.