Tuesday, September 21, 2010

kawe cayo demo, demo cayo kawe

tiba-tiba gelombang perang red worriors seakan-akan kembali lusuh oleh kegagalan untuk membawa tiga mata penuh ketika menentang pasukan KL plus walaupun bermain di gelanggang keramat di stadium sultan muhammmad ke-IV. apakah boleh diberikan alasan bahawa pemain-pemain red worriors terlalu tekanan apabila bermain di gelanggang sendiri? apakah benar telahan begitu untuk menjadikan sebab kepada ketidakcemerlangan prestasi pasukan kelantan?

ternyata, telahan sebegitu jauh dari ketepatannya. ini kerana sebelum ini, semasa bermain di dalam perlawanan liga super, kelantan sangat garang apabila bermain di gelanggang sendiri. hanya kalah sekali sahaja ketika melawan kedah itupun disebabkan kesilapan yang jarang sekali dilakukan para pemain. namun, apabila memasuki piala malaysia, kelantan memulakan langkah sumbang apabila kalah di tempat sendiri kepada negeri sembilan walaupun dibantu dengan sokongan peminat yang memenuhi stadium sultan muhammad ke-IV.

walau bagaimana sekalipun prestasi pasukan kelantan, peminat-peminat tidak jemu-jemu untuk datang memenuhi stadium. oleh itu, seperti kata abe mat "kawe cayo demo, demo cayo kawe" maknanya disini, peminat tetap berada di belakang pasukan walaupun ketika kalah apatah lagi ketika menang. (kalau seri, sendiri buat tafsiran). apabila peminat memberikan kepercayaan kepada para pemain dan pegawai pasukan, mereka sepatutnye membalasnya dengan persembahan yang bertenaga. namun, apa yang dipersembahkan ketika seri melawan KL Plus, secara puratanya boleh ditafsirkan sebagai persembahan yang melalaikan.

masakan tidak, dalam hanya masa lebih kurang 5 minit, lawan dapat mendapatkan 2 gol untuk membuatkan keputusan menjadi seri 3:3. di sini menampakkan kekalutan barisan pertahanan yang merasakan lawan tidak akan mampu bangkit apabila kelantan sudah mendahului 3:1. ini amat merugikan pasukan. memang, ternyata pasukan telah bermain baik sekali sehinggalah gol penyamaan tersebut. namun, pemain dalam kelalaian. kita harus menerima hakikat bahawasanya, penyokong setia tidak mahu lagi kesilapan sebegini berulang kembali. apatah lagi, peringkat kumpulan hanya berbaki 3 perlawanan lagi.

ternyata setakat ini, prestasi pasukan kelantan ketika mengharungi perlawanan piala malaysia tidak dapat menyamai prestasi ketika perlawanan liga super. mengapa?

apakah kita mahu berada di kedudukan ke-2 teratas?

apakah kita sudah bersedia menghadapi kemungkinan bertemu selangor sekiranya kita kekal di kedudukan ke-2 kumpulan?

abe mat nk bui patun skit ni...

dengar molek2...

indera main sdak doh,
bakpo defend plop wat punoh.

kita nk g final lagi,
bleh ko kalu prestasi lagu ni.

wallahualam.....

muamalat ( kawe cayo demo, demo cayo kawe )

berikut merupakan contoh-contoh penggunaan font bagi setiap pasukan untuk tempahan nama dan no pada jersi.