Wednesday, January 20, 2010

POLITIK VS ISLAM

kadang-kadang aku terasa bengang dengan beberapa kerat manusia yang kadangkala menjengkelkan aku tentang pemisahan antara politik dengan islam. banyak permasalahan yang akan timbul jika ia dipisahkan. begitu juga sekiranya gerakan islam yang wujud di mana-mana pun, sekiranya gerakan islam itu tidak mengambil peluang untuk berjihad melalui politik, maka teramat rugilah kepada umat islam itu sendiri kerana untuk menegakkan aspek-aspek keislaman di dalam sesebuah negara tidak akan tercapai secara menyeluruh.


ini adalah kerana, politik merupakan wadah yang terbaik bagi gerakan-gerakan islam yang ada, bagi menegakkan hukum-hukum Allah di dalam sesebuah negara. apabila kita menceritakan hukum-hukum Allah, mestilah kita mahu menegakkannya seluas-luas tempat di seluruh dunia ini. lantaran itu, dengan sistem dunia ini yang mana pemerintahan adalah berasaskan kepada gerakan politik untuk mendapatkan tampuk pemerintahan, maka amat tidak wajar umat islam menjauhkan diri daripada terbabit dengan gerakan yang berunsurkan politik untuk memperluaskan hukum-hukum Allah.


jika kita mahu menegakkan islam tanpa menyertai gerakan yang berunsurkan politik, maka penyebaran islam tidak akan menyeluruh. mungkin islam hanya sampai di pelusuk-pelusuk kampong sahaja. maka hasrat untuk menegakkan hukum islam seluas-luas tempat tidak akan tercapai, malah akan menjadi jumud.


namun begitu, kita juga harus mengakui, setiap kebaikan itu pasti akan ada kejahatan yang akan mencelah masuk sama ada secara senyap mahupun secara terang-terangan. sebagaimana yang telah diungkapkan oelh bekas mufti besar kerajaan turki uthmaniyah, iaitu syeikh mustafa sobri, bahawasanya, memisahkan antara politik dengan agama islam, adalah merupakan jalan yang paling mudah untuk seseorang itu menjadi kafir. ini menunjukkan, islam tanpa politik, rugi. manakala, politik tanpa, islam, kafir. 


oleh itu, kesimpulannya islam amat memerlukan gerakan politik, serta gerakan politik juga amat meemrlukan islam. justeru itu, kedua-duanya tidak boleh dipisahkan dan perlulah bergerak seiring untuk menyebarkan dakwah islamiyah dengan berjaya serta dinamik.