Wednesday, July 28, 2010

IMAN+HATI VS PSIKOLOGI+AKAL FIKIRAN

Allah berfirman bahawasanya, di dalam badan manusia ada seketul darah yang mana di situlah dapat membezakan antara manusia yang baik dengan manusia yang tidak baik. nabi pernah mengatakan bahawa, manusia yang baik adalah manusia yang bersih hatinya. serta, segala penyakit rohani adalah berpunca daripada kekotoran yang ada di dalam hati seseorang. namun begitu, jika kita menggunakan hati kita melalui niat yang baik, kita sudah mendapat ganjaran pahala walaupun sesuatu yang diniatkan itu belum tentu lagi kita mahu ataupun mampu melakukannya.

dikala kini, didapati terlalu banyak penyakit rohani yang melanda manusia terutamanya golongan remaja yang mana, golongan ini masih tercari-cari identitinya sendiri di dalm kehidupan. mereka seringkali sahaja melakukan sesuatu perkara melalui gerak hati. maka di sini, sekiranya hati mereka itu bersih, maka, jalan yang mereka pilih kemungkinan besar adalah jalan yang diberkati. manakala perbuatan yang mereka lakukan kemungkinan besar adalah perbuatan yang tidak memudaratkan. terlalu banyak akibat yang timbul disebabkan seseorang mengalami penyakit rohani seperti, penzinaan, mabuk, menagih dadah dan banyak lagi. akibat dari penyakit2 ini, ia akan berlarutan kepada jenayah2 yang lain. maka, timbul pula jenayah pembuangan bayi akibat dari penzinaan, meragut akibat dari penagihan dadah dan pelbagai lagi jenayah yang lain.

jarang sekali ahli falsafah barat menitikberatkan soal penyakit rohani kerana di dalam agama mereka tidak terlalu menekankan dengan terperinci. kebanyakan mereka mengatakan ia sebagai masalah psikologi semata-mata tanpa menyedari bahawa psikologi manusia dapat dikawal oleh hati iaitu iman. konsep yang dianjurkan islam adalah bertepatan dengan lahiriah manusia melalui konsep iman. iman adalah suatu intepretasi dari kawalan yang ada di dalam hati dan seterusnya dapat mengawal psikologi manusia untuk membezakan antara yang baik dengan yang buruk.

WALLAHUALAM

Monday, July 26, 2010

ADAKAH SYIAH SESAT? ADAKAH WAHABI SESAT?

apabila kita membicarakan tentang aliran ataupun fahaman yang ada di dalam agama islam, seringkali ia akan membawa kepada titik penentangan antara satu sama lain yang kadangkala boleh menimbulkan permusuhan yang sengit antara pendokong-pendokong sesuatu fahaman yang tersebut. P.A, yang hanya mempunyai sedikit sahaja ilmu ini, tidak mampu mengatakan yang mane fahaman yang salah dan yang mane fahaman yang menyesatkan. bagi mereka yang berilmu dalam hal-hal sebegini, itu hak mereka untuk mengatakan sesuatu fahaman itu sesat atau tidak berdasarkan ilmu yang mereka ada.

apa yang menyedihkan, seperti tidak ada kesepakatan antara fahaman2 ini apabila mereka berdiskusi. pendokong2 sunnah mengatakan wahabi dan syiah sesat. manakala, pendokong2 syiah pula mengatakan aliran mereka yang benar mempertahankan islam. manakala golongan wahabi pula terus dengan kekerasan mereka. apakah kita berhak mengatakan sesuatu golongan itu sesat? jika kita terus sesat menyesatkan antara satu sama lain, sudah tentu kesan yang buruk akan melanda kepada ummah. maka perpecahan semakin parah. dalam kita semua mengakui tuhan kita iaitu Allah yang Esa, umat kepada al-amin iaitu Muhammad S.A.W, berlandaskan kita yang sama, berqiblatkan kaabah yang sama, namun perpecahan terus berlaku.

dalam pada kita ingin melawan musuh-musuh islam, kita masih lagi terus bergaduh sesama sendiri sesama umat islam. amat malang sekali, dikala musuh2 islam tidak menampakkan perpecahan yang ketara, umat islam terus lesu. terus diperkotak katikan dengan sesuka hati oleh musuh2 islam sehinggakan tanahair tergadai, kesucian agama rebah, malah maruah islam tercemar.

dalam skop di malaysia pula, perpecahan juga terus berlaku. jika diteliti, perpecahan melalui politik lebih dasyat berlaku berbanding dengan perpecahan yang membabitkan fahaman2 islam yang ada. memamng benar politik tidak boleh dipisahkan dengan islam. namun begitu, sebenarnya, ketaksuban politik kepartian yang melanda negara, sangat mendukacitakan kerana ia menambahkan lagi molekul2 perpecahan yang sudah wujud.

wallahualam

Sunday, July 25, 2010

JIHAD BAHASA

kebelakangan ini, boleh dikatakan setiap hari ada saje kes buang bayi yag mana hampir keseluruhannya membabitkan remaja yang terlanjur "bercinta" hingga tidak ingat dunia, mata menjadi buta untuk mengenal yang mana dusta, yang mana cinta, menjadi "nana" di dalam kegelapan nafsu, menjadi bisu di dalam dakapan kebatilan.

dalam pada itu, dunia politik terus bergelumang ke dalam kancah kepolitikan mereka, dunia kerja terus bergelumang dengan usaha mereka, dunia pendidikan terus menunggang ilmu serta dunia dakwah terus menentang kebatilan. namun begitu persoalan yang masih berlegar, mengapa masih timbul gejala sosial dikala segala usaha ke arah pembetulan amalan, akidah mahupun sahsiah manusia terus digerakkan. yang lebih teruk adalah, semakin hari semakin menjadi-jadi, semakin ngeri.

pada tulisan kali ini, sy ingin memberi cadangan tentang istilah yang sy gelarkan "jihad bahasa" dalam menangani masalah sosial ini, serta memberi idea serba sedikit sebagai penambahan kepada "molekul-molekul" dakwah yang sudah ada sebelum ini.

apabila dasar ppsmi diperkenalkan oleh kerajaan, maka ramailah pencinta bahasa naik berang membantah dasar tersebut kerana ingin mempertahankan bahasa melayu. kalu kita lihat, bahasa juga sangat penting dalam pengekalan jati diri bangsa. oleh demikian, bahasa juga sangat penting kepada dakwah islam.

apa yang sy mahu tekankan di dalam "jihad bahasa" ialah, tentang penggunaan istilah yang sangat tidak kena dengan maksud kepada sesuatu perkataan tersebut. mungkinb ianya nampak remeh, tetapi bak kata ibnu baaz, kalau tidak ada yang remeh masakan datang yang berat.

kalau kita lihat pada pelbagai bahan tulisan yang ada pada hari ini mahupun penyampaian media elektronik, kebanyakannya menggunakan istilah yang bukan saje tidak tepat, malah boleh menimbulkan ketidaktakutan terhadap Allah walaupun secara tidak lansung. contohnya, penggunaan perkataan seks bebas. istilah ini tidak seharusnya digunakan di dalam penyampaian oleh media-media kerana istilah ini sendiri tidak menggambarkan perlakuan itu sebagai perlakuan yang buruk ataupun berdosa. apabila orang ramai mendengar istilah ini, mereka tidak menggambarkan perlakuan ini adalah satu perbuatan yang berdosa malah mereka mungkin juga memikirkan ia sesuatu yang menyeronokkan. oleh itu, istilah seks bebas haruslah ditukar kepada istilah zina ataupun istilah yang lain yang akan memberi gambaran bahawa perbuatan itu adalah perbuatan yang terkutuk yang mendatangkan dosa.

istilah khalwat juga digambarkan secara salah oleh media hari ini. kalau mengikut istilah islam, khalwat adalah merupakan amalan nabi S.A.W iaitu menyendirikan di tempat yang tersembunyi untuk bermunajat kepada Allah. malangnya, pada hari ini, istilah ini diberikan kepada pasangan yang berdua-duaan di tempat yang tersembunyi yang membawa kepada fitnah.

wallahualam...