Friday, August 13, 2010

DI MANAKAH KEDUDUKAN UNIVERSITI KITA?

sekali lagi kajian tentang kedudukan universiti yang terbaik di dunia dikeluarkan. namun kali ini, ia dikeluarkan oleh panel dari Universiti Jiaotong, china. sekali lagi untuk tahun ke lapan berturut-turut ia telah didahului oleh universiti Harvard, amerika syarikat.



Senarai itu juga meletakkan Universiti California di tempat kedua manakala Universiti Stanford di tempat ketiga. Jiaotong
melalui Pusat Penyelidikan Universitinya yang bertaraf dunia membuat senarai itu dengan memberi fokus kepada pencapaian saintifik setiap universiti tanpa mengambil kira pencapaian ilmu kemanusiaannya. Selain itu, mereka juga mengambil kira berapa banyak pingat Nobel yang diperolehi serta pencapaian para alumni setiap universiti terbabit.



persoalannya:


1) di manakah kedudukan universiti malaysia di dalam penelitian kali ini.
2) sekiranya, universiti malaysia tiada dalam kedudukan 100 terbaik, apakah tahap pendidikana kita terlalu teruk.
3) sekiranya, universiti malaysia ada dalam senarai 100 terbaik, apakah kita boleh menerima penggredan ini?


orang-orang yang terbabit di dalam pentadbiran pendidikan di malaysia seakan-akan terbawa dengan perangai politik, yang mana, sekiranya universiti di malaysia tiada dalam senarai 100 terbaik, maka mereka-mereka semua akan mempersoalkan kriteria-kriteria yang digunakan untuk menilai prestasi sesebuah universiti.


NAMUN, SEKIRANYA UNIVERSITI DI MALAYSIA TERSENARAI DI DALAM TOP RANKING, MAKA MEREKA-MEREKA AKAN MENDABIK DADA DENGAN MENGATAKAN: 


1) SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA TELAH DIIKITIRAF DUNIA
2) SEGALA POLISI YANG DIJALANKAN MENAMPAKKAN HASIL


ape yang penting disini ialah  KONSISTENSI ATAUPUN ISTIQOMAH!!


WALLAHUALAM...



FATWA YANG MENGELIRUKAN DARI ALIRAN PERDANA?

Beberapa bulan lalu, seorang ulama Arab Saudi menyatakan muzik tidak haram manakala seorang lagi ulama menggalakkan penyusuan badan di kalangan lelaki dewasa, yang mencetuskan perdebatan di negara ini berhubung siapa sebenarnya yang boleh mengeluarkan fatwa.

Menurut ulama dari Riyadh, Adel al-Kalbani berkata, tidak terdapat hadith atau ayat Al-Quran yang memutuskan bahawa menyanyi dan muzik itu haram, sementara seorang lagi ulama kanan, Sheikh Abdul Mohsen al-Obeikan berkata, lelaki dewasa yang menyusu badan boleh dianggap sebagai anak kepada wanita terbabit.

sebelum ini pun, terdapat banyak fatwa-fatwa yang dikeluarkan golongan yang bergelar ulamak dalam menangani sesuatu permasalahan. badan fatwa eropah mengeluarkan fatwa bahawa, pemain bola sepak yang diikat kontrak secara profesional, tidak diwajibkan berpuasa pada hari perlawanan.

ini akan memberikan kecelaruan dalam pemikiran umat islam di seluruh dunia.

MEMANG BENAR SETIAP ULAMAK ADA IJTIHAD PEMIKIRANNYA SENDIRI. NAMAUN APAKAH IJTIHAD ITU BENAR-BENAR SAHIH KEBENARANNYA?

wallahualam..