Thursday, December 17, 2009

KALENDAR ISLAM VS KALENDAR MASIHI


salam sejahtera ku hulurkan. kepada semua umat islam d seluruh dunia, di malaysia, di negeri kelantan dan juga kepada semua yang mengenali aku. Selamat menyambut tahun baru yg ke 1431 hijrah. mengapa kt perlu menyambut tahun baru islam ini. terdapat pelbagai kelebihan yang dimiliki oleh kita semua umat islam apabila menggunakan kalendar hijrah ini., asas kepada terciptanya kelendar islam adalah bertitik-tolak dari peristiwa hijrah. sangat berbeza dengan perkiraan kelendar masihi yg berasaskan kepada tarikh lahir jesus( dianggap nabi isa a.s oleh org islam) seperti yg dipercayai oleh org kristian.
sangat berbeza asas kepada perkiraan kelendar islam dibandingkan dengan kelendar masihi. kelendar islam, diasaskan berdasarkan peristiwa hijrah kerana, para sahabat bersepakat, peristiwa hijrah itu sendiri yang akan menyemarakkan semangat islam di dalam segala aspek kehidupan manusia. dibandingkan dengan kelendar masihi yang perkiraaannya berasaskan kelahiran jesus( dianggap nabi isa a.s oleh org islam) yang mana, mereka mengagungkan kelahiran jesus itu, yang akan mencetuskan semangat kristianiti di dalam hidup mereka. Ini menunjukkan kecelaruan akidah mereka yang mengagungkan makhluk ciptaan Allah...
jika para sahabat Rasulullah s.a.w dahulu juga berfikiran seperti orang kristian ini, nescaya mereka juga akan memulakan kelendar islam berasaskan tarikh lahir junjungan kita Rasulullah s.a.w. Tetapi, disebabkan akidah islam yang tidak sekali-kali mengagungkan sesama makhluk, walaupun terhadap Rasulullah s.a.w. sendiri yang kita anggap manusia teragung, maka, para sahabat tidak mengambil perkiraan kelahiran Rasulullah s.a.w. sebagai asas kepada kelendar islam. Inilah menunjukkan ketinggian akidah ajaran islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Sebaliknya, para sahabat mengambil iktibar kepada peristiwa hijrah sebagai asas penubuhan kelendar islam kerana, bertitik tolak dari sinilah, tersebarnya ajaran islam yang syamil ini. Semangat hijrah inilah yang ingin diterapkan oleh para sahabat.
ini adalah supaya, setiap bermulanya tahun baru, ia juga perlu dianggap sebagai penghijrahan kita kepada keadaan yang lebih baik dari pelbagai aspek, berbanding tahun sebelumnya. Roh hijrah ini sangatlah menepati dengan semangat yang diterapkan semasa penghijrahan Rasulullah s.a.w. dari mekah ke madinah untuk meningkatkan syiar islam. oleh itu, janganlah kita mengagongkan sambutan tahun baru masihi berbanding dengan sambutan tahun baru hijrah. sesungguhnya, segala perkara yang berasakan islam adalah bermunafaat semuanya. sedarlah wahai saudara2 ku sekelian....nurkilanku ini untuk sahabat-sahabatku...(semua yang aku cakap ni, diperah dari otakku sendiri.)


selain itu, peristiwa hijrah juga menggambarkan kemenangan umat islam menentang musuh kuffar. oleh itu, dengan keberkatan ini jugalah, sepatutnya, umat islam melebihkan penggunaan kalendar hijrah sebagai spiritual kepada semangat perjuangan islam. ingatlah, ketika puak kuffar sedang menekan kita umat islam pada hari ini, alangkah berkesannya jika kita memulakan tahun baru hijrah ini sebagai satu anjakan paradigma yang kukuh untuk membuat perubahan sama ada secara spiritual, mekanikal, fizikal dan keseluruhan penghayatan kita semua kepada agama islam.

Monday, December 14, 2009

JANJI-JANJI ALLAH S.W.T.


MOHAMED ditanam dalam lubang di Afgoye, pada Ahad lalu.


MOGADISHU - Sekumpulan militan Islam memaksa penduduk melihat mereka merejam seorang lelaki sehingga mati kerana berzina di Somalia, lapor sebuah akhbar semalam.

Kumpulan itu turut membunuh seorang lelaki kerana didakwa sebagai pembunuh.

Menurut beberapa saksi, hukuman itu mencetuskan pertempuran senjata antara kumpulan tersebut dengan kumpulan lain dengan mengakibatkan tiga militan terbunuh.

Kejadian berlaku di Afgoye, 32 kilometer dari sini pada Ahad lalu.

"Tiga anggota pejuang kumpulan Hizbul Islam terbunuh dan lima lagi cedera apabila mereka saling bergaduh antara satu sama lain," kata seorang pekedai, Halima Osman.

"Sebahagian anggota kumpulan itu mahu menangguhkan hukuman manakala yang lain menentangnya.

"Anggota-anggota itu kemudian berbalas tembakan.

"Kumpulan yang menentang hukuman itu tewas dan kemudian melarikan diri," tambahnya.

SEORANG lelaki menimbus tanah di dada Mohamed.


Sebelum dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang syariah, Hakim Osman Siidow Hasan memberitahu penduduk, dua lelaki itu mengaku melakukan kesalahan selepas siasatan dilakukan.

Seorang wanita yang mengaku melakukan hubungan seks di luar nikah turut dihukum 100 kali sebatan.

"Ini merupakan hari penghakiman," kata Osman kepada orang ramai.

"Kami telah melakukan siasatan dan mereka sudah mengaku," tambahnya.

Hukuman itu dibuat selepas pertempuran antara kumpulan yang menentang dan kumpulan yang mahu hukuman itu dilaksanakan dengan segera berakhir.

Seorang anggota keluarga mangsa yang dibunuh kemudian menembak mati penembaknya yang telah ditangkap.

BEBERAPA orang merejam Mohamed sehingga dia mati.


Pesalah zina tersebut, Mohamed Abukar Ibrahim ditanam di dalam lubang sehingga ke dada dan direjam sehingga dia mati.

"Saya tidak sanggup untuk melihatnya," kata seorang lelaki, Ali Gabow.

Menurutnya, seorang wanita yang mengaku berzina itu dihukum 100 kali sebatan kerana dia menyatakan dirinya masih belum berkahwin. -

Sunday, November 29, 2009

TAKUTLAH DOA MANGSA KEZALIMAN


1. Ameen Ya Rabbal A'lamin . Saya dan seluruh pemuda Islam insyaallah mengaminkan doa Tok Guru sebagai seorang ulama' dan pemimpin yang dizalimi tanpa sebarang belas simpati .


2. Sabda Rasulullah saw :


اتقوا دعوة المظلوم فإنها ليس بينها و بين الله حجاب


[ Takutlah olehmu akan doa orang - orang yang dizalimi kerana sesungguhnya antara doa orang yang dizalimi dengan Allah swt tiada hijab - halangan - ]


ibnu Hibban


3. Rakyat dan pemimpin negeri Kelantan telah dizalimi apabila Kerajaan UMNO dan BN gagal memberikan hak mereka berupa royalti hasil minyak petroleum kurniaan Allah swt kepada bumi Kelantan . Kegagalan Kerajaan UMNO dan BN menunaikan tanggungjawab mereka memulangkan hak rakyat negeri kelantan sebenarnya adalah sikap yang dicela oleh Allah swt .


4. Belumpun sempat Tuan Guru Nik Abdul Aziz berdoa , terlebih dahulu kutukan laknat dari Allah swt telah mengenai orang yang berlaku zalim biarpun ia mengaku muslim malah mendirikan sembahyang . Lihat sahaja bagaimana firman Allah swt di dalam surah al Maa'un ayat 4 hingga ayat 7 :


فويل للمصلين الذين هم عن صلاتهم ساهون الذين هم يرآءون و يمنعون الماعون


[ Maka celakalah bagi orang yang mendirikan sembahyang namun lalai di dalam sembahyangnya , orang - orang yang riya' dalam amalannya dan mereka yang menghalang rezeki - barang bermanafaat dari sampai kepada pihak yang selayaknya - .]


5. Antara rezeki dan harta atau barang yang bermanafaat untuk rakyat Kelantan ialah royalti justeru royalti adalah hak mereka . Malangnya kerajaan UMNO dan BN yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib termasuk dalam golongan mereka yang menghalang rezeki tersebut . Tuan Guru selaku pemimpin kerajaan negeri sudah jenuh berikhtiar dengan penuh diplomasi sebelum ini , nampaknya Datuk Najib dan kerajaan UMNO dan BN yang dipimpinnya tidak memahami bahasa diplomasi .


6. Bahasa apa lagi yang boleh digunakan oleh golongan tertindas melainkan hanyalah mengadu kepada Tuhannya yang Maha Adil lagi Maha Mendengar doa hambaNya yang terainaya . Doa adalah senjata orang yang beriman terutama saat mereka kehabisan ikhtiar dan tiada pilihan lagi . [ الدعاء سلاح المؤمن ]


7. Adapun langkah Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyebut nama di dalam doa beliau sebenarnya tidaklah bercanggah dengan sunnah bahkan Nabi saw pernah menyebut nama - nama mereka yang menentang dan menzalimi baginda saw dan ummat Islam . Nabi saw saat hiba mengenang perbuatan Quraisy [ Uqbah bin Abi Mu'it ] yang meletakkan najis di atas belakangnya sewaktu sujud dihadapan Kaabah , sejurus dibersihkan jasad Baginda saw oleh Fatimah radhiallahuanha , Rasulullah saw berdoa :


اللهم عليك بقريش


Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMu urusan untuk membinasakan Quraisy . [ sebanyak 3 kali ]


8. Sebaik mendengar doa ini , penduduk Quraisy yang tadinya ketawa besar melihat keadaan Muhamad saw tiba - tiba terdiam kerana takutkan doa tersebut . lalu Nabi saw menyambung doanya :


اللهم عليك بأبي جهل بن هشام و عتبة بن ربيعة و شيبة ين ربيعة و الوبيد بن عتبة و أمية بن خلف و عقبة بن أبي معيط


Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMU urusan untuk membinasakan Abi jahal bin Hisyam , Utbah bin Rabia'h , Syaibah bin Rabia'h , al Walid bin Utbah , Umaiyyah bin Khalaf dan Uqbah bin Abi Mui't .


Ibnu Masu'd bersumpah : Demi Allah yang diriku berada didalam genggamanNya , kesemua nama yang disebut itu terbunuh didalam peperangan Badar .


Sirah Ibnu Ishaq



9. Zambry [ Menteri besar Perak yang tidak sah ] menunjukkan kejahilannya apabila mengeluarkan kenyataan kononnya Nabi saw tidak pernah mendoakan kecelakaan Abu Lahab . Mungkin Zambry juga tidak membaca al Quran Surah al Lahab . Bukankah Allah swt telah berfirman maksudnya :


Celakalah Kedua - dua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya ia akan binasa . Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan . kelak dia akan masuk ke dalam api yang membara . Dan begitu pula isterinya , pembawa kayu api yang dilehernya ada tali dari sabut .


Jika Allah telah melaknatnya dan ayat itu dibaca sepanjang zaman . Apakah Zambry memerlukan ayat lain untuk melaknat Abu Lahab ? Ayat ini dibaca oleh Nabi saw dan seluruh ummatnya disepanjang zaman .


10. Selayaknya orang yang dizalimi bersabar dan bermunajat kepada Allah swt . Allah adalah Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui . Allah tidak akan mensia - siakan doa hambaNya yang menderita dan sengsara angkara kezaliman .

Tuesday, October 6, 2009

PUJANGGA CINTA

apa erti persahabatan,
andai ukuwah yang dibina terhenti di perjalanan.
apa erti sebuah perpaduan,
andai jalinan yang terikat terputus kegelapan.

di manakah erti persahabatan,
jika hanya kesakitan yang menghangatkan.
di manakah erti perpaduan,
jika hanya perbezaan yang sering dipanjangkan.

mengapakah adanya persahabatan,
adakah mungkin disebabkan keterpaksaan.
mengapakah adanya perpaduan,
adakah mungkin disebabkan ketidakselesaan.

siapakah yang perlu menyingkapkan persahabatan.
siapakah yang perlu mengeratkan perpaduan.
bilakah persahabatan perlu diwujudkan.
bilakah persahabatan perlu disemaikan.

Monday, September 21, 2009

JANJI-JANJI ALLAH S.W.T.

Perutusan TOK GURU NIK ABDUL AZIZ sempena Hari Raya Aidilfitri


Assalamu'alaikum wa Rahmatullah,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu." (Surah Al Baqarah :185)

Setelah kita berpuasa, bertarawikh, berqiyamullail, bertadarus, bersedekah, berzikir dan sebagainya sepanjang Ramadhan, Allah S.W.T menyuruh kita bertakbir dalam berhari raya.

Takbir ialah sebutan Allahu Akbar yang bermaksud "Allah Adalah Yang Terbesar". Manakala yang lainnya adalah yang paling kecil dan mesti dipinggirkan apabila bertembung dengan Kehendak Allah S.W.T.

Malangnya ramai orang yang menyebut AllahuAkbar sebagai satu tradisi sahaja. Inilah masalah besar yang berlaku di kalangan umat Islam sejak kebelakangan ini.

Hari Raya bukanlah tradisi ciptaan orang Arab, bukan juga tradisi ciptaan orang Melayu. Bahkan ia merupakan kehendak agama.

Antara nikmat berhari raya ialah kita boleh makan dan minum setelah sebulan penuh tak boleh makan harta sendiri. Nikmat ini tak dapat dirasai oleh orang yang tidak berpuasa. Orang yang perutnya kenyang sepanjang tahun, tak terasa sedikit pun kemanisan nikmat ini.

Apabila disebut hari raya, buka saja anak kecil bahkan orang tua dan orang sakit pun turut berseronok sama. Islam minta kita bersukaria dengan amalan ziarah dan bermaafan antara satu sama lain.

Pada hari raya kita tak dibenarkan berpuasa sekalipun puasa itu sendiri adalah ibadat. Tapi dalam persoalan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya, kita tak boleh buat pandai-pandai.

Apabila Allah Ta'ala minta kita mengerjakan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya mengikut cara dan masa yang telah ditentukan.

Begitu juga dalam kita berhari raya, tak boleh kita buat ikut pandai sendiri. Kita berseronok dalam lingkungan yang dikehendaki oleh Allah. Sebab itu kita tak boleh berhari raya dengan pakaian, pergaulan, makan minum dan hiburan yang terlarang dan berunsur maksiat.

Berapa ramai anak-anak mengalami putus jari tangan, buta mata, muka melecur dan sebagainya akibat bermain mercun tanpa kawalan pada setiap tahun.

Berapa ramai pula yang terlibat dengan kemalangan maut pada setiap musim perayaan akibat kelalaian dan tidak memperdulikan peraturan jalanraya sehingga mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah.

Apabila hari raya, memang menjadi fitrah manusia suka berseronok. Tapi Islam mengajar kita mengikut peraturan tertentu supaya sambutan hari raya menjadi ibadat yang mendatangkan pahala. Antara jadual berhari raya, kita disunatkan mandi sebelum pergi ke masjid.

Kalau kita mandi biasa, tubuh kita saja yang bersih. Tapi apabila kita niat bahawa mandi sunat hari raya, bukan tubuh kita saja yang bersih dan berbau sedap bahkan kita dapat pahala.

Sesetengah orang tak berapa minat sangat nak cari pahala. Apa yang dia minat ialah cari duit dan harta saja. Kepada orang-orang sebegini, dia kena faham bahawa pahala adalah mata wang (currency) yang sangat berguna apabila kita masuk kubur. Apabila kita masuk kubur, kita tidak mati seratus peratus.

Yang mati dan hancur menjadi debu hanyalah jasad kita. Roh dan jasad kita akhirnya akan dibangkitkan kembali di akhirat nanti.

Sebagaimana jasad manusia di dunia ini berkehendak kepada makan minum. Untuk memenuhi keperluan fizikal di dunia ini, kita terpaksa gunakan wang untuk membeli makanan, minuman dan pelbagai keperluan lain.

Tapi apabila saja kita masuk ke dalam kubur, semua jenis mata wang dunia ini tidak laku lagi. Duit Amerika tak laku. Mas jongkong pun tak laku. Yang lakunya ialah pahala.

Pahala adalah aset dan mata wang yang kita sangat perlukan semasa berada di dalam kubur dan di Padang Mahsyar. Salah satu cara untuk kita mendapat pahala selain daripada berpuasa, bertadarus, bertarawikh ialah dengan kita berhari raya menurut cara yang telah ditunjukkan oleh Islam.

Kita diminta membayar zakat fitrah untuk membantu golongan fakir miskin. Tentunya oarng yang tidak berkemampuan tidak ramai.

Jadi, apabila semua orang yang berkemampuan membayar zakat fitrah, kita boleh fikir sendiri betapa banyaknya harta yang diberikan kepada fakir miskin yang membolehkan mereka tumpang berseronok sama.

Pada hari raya kita diminta memakai pakaian cantik, seboleh-bolehnya pakaian yang belum dipakai lagi. Kalau pakaian sudah dipakai pun tak apa, asalkan halal dan bersih. Kita tetap juga akan mendapat pahala.

Kita juga diminta membawa anak-anak ke masjid, ke surau, ke musalla untuk bertakbir mengagungkan Allah S.W.T dan seterusnya untuk mengerjakan sembahyang sunat hari raya demi untuk bersyukur di atas hidayah kurniaan Allah kepada kita dan juga untuk bertaqarrub kepada Allah 'Azza Wa Jalla.

Sembahyang sunat Aidilfitri ada bacaannya sepertimana yang dibacakan oleh Rasulullah S.A.W. Dalam sembahyang sunat Aidilfitri, Rasulullah S.A.W membaca Surah Qaaf dalam raka'at yang pertama dan Surah Al Qamar pada raka'at kedua. Kedua-dua Surah ini menyentuh tentang Kiamat.

Ketika umat Islam sedang berseronok, tiba-tiba Nabi kita membacakan Surah yang menceritakan tentang kedahsyatan huru-hara yang pasti akan berlaku pada Hari Kiamat nanti. Sekaligus ia bermaksud bahawa segala nikmat hidup di dunia ini pasti akan disoal dan akan dikenakan pembalasan.Siapa pun yang hidupnya di dunia ini, apabila selaras dengan kehendak Al Quran akan dimasukkan ke dalam syurga. Apabila tak selaras dengan kehendak Al Quran, baik dalam masalah politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, rumah tangga dan sebagainya dia akan masuk neraka. Wallahua'alam.

Sunday, September 20, 2009

JANJI-JANJI ALLAH S.W.T.

ku dikejar bayang2 resah,
jika atiku masih tak berubah.
jika ku lupa Tuhan Yang Esa.
mungkin ku tidak kan diredhainya.
tiada lafaz yang lebih agung,
kalimah cintaku,
untuk Tuhan Yang satu.

umat islam di malaysia harus bersyukur kerana gelombang tipu daya yang dialunkan oleh pihak kuffar belum dapat menembusi benteng ketaqwaan yang telah tersemat di lembah hati kita. Dengan kerjasama kerajaan yang sentiasa sedar dengan dakyah puak kuffar ini, ditambah dengan tahap pemahaman tentang ajaran islam yang sebenar, ancaman yang ingin menjatuhkan islam ini masih lagi dapat ditangkis dengan berkesan sekali. Syiar pengembangan ajaran islam di negara kita masih lagi bersinar serta dapat diamalkan dengan bebas tetapi dalam masa yang sama, agama lain juga dibenarkan. Ini bertepatan dengan firman Allah Ta'ala yang bermaksud, "Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam)" (Al-Baqarah:256) dan ayat "Maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah dia beriman dan siapa sahaja yang ingin (kafir) biarlah dia kafir" (Al-Kahfi:29).

Umat islam di negara kita haruslah berganding bahu dan berpadu tenaga dalam membangunkan agama islam di seluruh negara. Badan-badan bukan kerajaan bersama masyarakat sekeliling haruslah bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan untuk menggerakkan pembangunan benteng ketaqwaan, yang perlu disemat di dalam jiwa masyarakat untuk terus mempertahankan kesucian agama islam ini. Institusi masjid haruslah bergerak secara kolektif serta aktif dalam merencanakan pembangunan islam di negara kita sama ada dalam aspek ekonomi, sosial, spiritual serta dalam setiap cabang apa-apa pun. Ini kerana, ketika kegemilangan tamadun islam yang terdahulu, kecemerlangan mereka adalah berakar dari institusi masjid. Ini kerana setiap aktiviti yang dilakukan adalah berpusat di masjid.

JANJI-JANJI ALLAH S.W.T.

bisikan yang pertama (azan),
membawa erti untuk selamanya.
ku bagaikan tak percaya,
apa yang telah utuh kuasa mu Ya Allah.
Engkaulah segalanya, Engkaulah hanya rinduku.
hatiku hanya untukMu,
Itulah janji yang ku lafazkan( di luh mahfuz)

kejadian semalam yang dulu-dulu mengembalikan minatku untuk membuat coretan ini. kadangkala kita sebagai manusia ini sentiasa menantikan suatu perkara yang boleh mengubah mata ati kita. kadang-kadang kita gagahkan sendiri kemahuan kita untuk berubah. yang passti kita harus akui bahawa yang menggerakkan mata ati kita itu ialah YA RABBUL 'iZZATI. Dialah yang MAha Berkuasa. kedangkalan manusia memnuhi kehendakNya tidak bermakna Dia akan lupakan hambaNya itu. oleh itu kita haruslah sentiasa membukukan kata ati kita ke dalam kebenaran. ingatlah janji-janji Allah. di dalam hidup tidak semestinya apa yang kita kejari akan dapat kita gapai. apa yang penting, dalam perjalanan untuk mencapai apa yang kita kehendaki itu, kita letakkan niat yang ikhlas serta akan redha sekiranya kita tidak akan menggapai apa yang kita kehendaki tersebut.

Thursday, July 9, 2009

JANJI-JANJI ALLAH S.W.T.


ikan di laut,
asam di darat.
dalam periuk,
bikin muafakat.

alangkah ruginya kita umat sesama islam bertelagah sedangkan umat kuffar bersatu memecahbelahkan kita. sungguh hinanya umat islam pada hari ini sehingga mengkafirkan sesama saudara seislam.apakah tidak ada lagi titik permuafakatan yang boleh dinoktahkan untuk kepentingan survival sejagat umat rahmatan lil 'alamin ini. adakah sudah tidak ada lagi? di manakah semangat perpaduan yang telah diwasiatkan oleh nabi S.A.W. apakah tidak cukup lagi peninggalan al-Quran dan Hadis Rasulullah untuk membawa umat ini bersatu padu. ingatlah musuh yang terbesar bagi umat sesama islami ialah syaitan dan nafsu. janganlah memperjuangkan sesuatu pendapat berasaskan nafsu untuk mencapai kemenangan. dalam membahaskan kebenaran atau salah tentang aliran wahhabi, aliran syiah, puak sunnah dan lain-lain aliran lagi, aku berpendapat janganlah kita sesama umat Muhammad S.A.W mengkafirkan antara satu sama lain telebih dahulu. memang diakui perbezaan pendapat akan berlaku. ini berserta dengan hujah yang dilemparkan sesuatu golongan ada kekuatannya yang tersendiri. tetapi janganlah kita berhujah, berdebat sehingga mencela para sahabat, ulamak-ulamak dan cendikiawan-cendikiawan. jika ini berlaku maka kita sudah lari dari prinsip yang sudah ditetapkan di dalam al-Quran. maka amat rugilah kita amat islam. ketika kita mahu memrangi puak-puak kuffar, dukacita pula kita persembahkan dengan perpecahan yang melanda sesama umat.ITTAKULLAH..!!

Friday, July 3, 2009

JANJI-JANJI ALLAH S.W.T.

kusam hari-hari,
indah bersamamu ya Allah.
bangkitkan kembali,
hidupku mengajakku ke rahmatMu.
inginku kembali,
mengenang seribu bayangMu ya Allah.
tak pedulikanku terjang,
biarpun harusku tembus gagasan kepahitan.

indah hidup yang dikurniakan tiada gunanya jika ia disulami dengan pendustaan. aku mengerti apa yang aku cari hanyalah sebuah pengertian tentang kebenaran. kali ini aku tidak mahu lagi bercerita tentang politik di negara kita. pada jam 7.30, aku telah melihat satu rancangan baru yang dikendalikan seorang bekas mufti. aku amat meminati pemikiran beliau. sungguh berani dan berkesan walaupun kadang-kadang tidak sehaluan dengan pemikiran ulamak lain yang lebih senior dari beliau. memang benar, kadang-kadang kita seakan-akan membutakan sahaja mata kita walaupun kita mengetahui perkara itu tidak benar dan dusta. terlalu banyak kelemahan masyarakat kita pada hari ini yang seakan-akan hanyut oleh arus golakan pemodenan. apa yang nk disentuh disini ialah tentang kesedaran beragama yang semakin berkurangan dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. namun begitu, seperti man yang telah difirmankan oleh Allah S.W.T. iaitu pasti ada segolongan yang lain yang akan memegang tali Allah S.W.T. menegakkan agama Allah S.W.T. mudah-mudahan golongan yang istimewa ini akan terus beristiqomah menjunjung janji-janji Allah S.W.T. aku teringat perkataan yang disematkan di dalam jiwaku yang sering kuucapkan........ ITTAKULLAH.....!!!

Thursday, June 18, 2009

HIRISAN KEIMANAN

aku menulis bukan kerana nama.
dengan sifat kasih pada sesama insan.
yang menyatakan kasih sayangku.
kita sama semuanya sama.
apa yang ada hanyalah kehidupan.

inilah ungkapan yang ingin ku sampaikan dalam menghuraikan permasalahan politik di negara kita pada masa ini. mungkin ramai yang telah menghafal lirik lagu yang dialunkan papa rock iaitu Ramli Sarip. amat mendalam kalau kita perhatikan terhadap lirik yang ku tangkap ini. ia bagi diriku, memberi makna, manusia ini adalah satu penciptaan yang sama. iaitu penciptaan oleh Allah S.W.T untuk menkhalifahkan diri di muka bumi ini. amat menari perhatianku dengan idea kerajaan perpaduan yang diutarakan oleh presiden PAS, iaitu Tn Guru Haji Abdul Hadi Awang yang juga disokong oleh timbalan presiden PAS iaitu Ustaz Nasharudin Mat Isa. bagi diriku ada pro dan kontranya tentang idea ini sementelah, konsep yang diutarakan oleh Tn Guru Haji Abdul Hadi Awang belum diterangkan dengan mendalam tentang idea yang diutarakan beliau. tambahan pula, seperti yang ditegaskan oleh timbalan presiden, idea tersebut hanyalah bermukakan kerjasama yang boleh diadunkan untuk mengatasi masalah agama, ekonomi, sosial dan sebagainya. aku juga amat memahami mengapa Tn. guru Nik Abdul Aziz amat berang dengan idea yang dikatakan sebagai "kerajaan perpaduan" tersebut kerana beliau tidak mahu pisang berbuah dua kali. aku tidak memberatkan prinsip diri ke mana-mana belah pihak memandangkan aku memegang konsep aku dihidupkan di muka bumi ini hanyalah untuk menjadi khalifah yang terbaik. i'Allah..

Friday, June 5, 2009

BACALAH

aku rasa kalu pasal ddc, aku kurang sikit la. ssebabnya, aku kurang minat ngan subjek komputer. pasal utmkl plak, aku suka sangat2 sebab, banyak sangat kenangan yang ada kat utmkl. lgpun aku plak aktif kat kOne. sem 1, aku masuk dikir barat. bleh g kustem lawan antar u. pastu wat psembahan. kat kliuc masuk tv plak tu..hahaha pastu aku jugak yang kene jd ketua pelukis banner terbesar di malaysia. mamng pressure sangat2... teruk aku msa tu.. tambah2 aku bukan amik kos arkitek. tp aleh2 aku yang kena jadi katue pelukis.. aku ikut naluri je dalam buat sesuatu.. i'Allah naluri aku akan dpimpin Allah... ittakullah pastu dikir barat aku teruskan jugak pada sem2 yang terbelakang kecuali sem 6, sebab bangunan pun banyak yang diruntuhkan. jadi dikir barat pun hapus macam tu jugak. kat utmkl jugak, aku sempat gak la wakil kolej bagi acara bola sepak. sukan yang aku paling minati sejak dalam perut mak aku lg. n sebelum aku lahir lagi. sebabnya, Allah dah tetapkan pada setiap diri manusia takdirnya. sem 6 plak, aku g australia.... huhu... best sangat2 la.... bila lg nk g tempat orang... ok... nk g kuar jap..;. salam....

Monday, June 1, 2009

PENGENALANKU

salam ukhuwwah....