Wednesday, January 20, 2010

POLITIK VS ISLAM

kadang-kadang aku terasa bengang dengan beberapa kerat manusia yang kadangkala menjengkelkan aku tentang pemisahan antara politik dengan islam. banyak permasalahan yang akan timbul jika ia dipisahkan. begitu juga sekiranya gerakan islam yang wujud di mana-mana pun, sekiranya gerakan islam itu tidak mengambil peluang untuk berjihad melalui politik, maka teramat rugilah kepada umat islam itu sendiri kerana untuk menegakkan aspek-aspek keislaman di dalam sesebuah negara tidak akan tercapai secara menyeluruh.


ini adalah kerana, politik merupakan wadah yang terbaik bagi gerakan-gerakan islam yang ada, bagi menegakkan hukum-hukum Allah di dalam sesebuah negara. apabila kita menceritakan hukum-hukum Allah, mestilah kita mahu menegakkannya seluas-luas tempat di seluruh dunia ini. lantaran itu, dengan sistem dunia ini yang mana pemerintahan adalah berasaskan kepada gerakan politik untuk mendapatkan tampuk pemerintahan, maka amat tidak wajar umat islam menjauhkan diri daripada terbabit dengan gerakan yang berunsurkan politik untuk memperluaskan hukum-hukum Allah.


jika kita mahu menegakkan islam tanpa menyertai gerakan yang berunsurkan politik, maka penyebaran islam tidak akan menyeluruh. mungkin islam hanya sampai di pelusuk-pelusuk kampong sahaja. maka hasrat untuk menegakkan hukum islam seluas-luas tempat tidak akan tercapai, malah akan menjadi jumud.


namun begitu, kita juga harus mengakui, setiap kebaikan itu pasti akan ada kejahatan yang akan mencelah masuk sama ada secara senyap mahupun secara terang-terangan. sebagaimana yang telah diungkapkan oelh bekas mufti besar kerajaan turki uthmaniyah, iaitu syeikh mustafa sobri, bahawasanya, memisahkan antara politik dengan agama islam, adalah merupakan jalan yang paling mudah untuk seseorang itu menjadi kafir. ini menunjukkan, islam tanpa politik, rugi. manakala, politik tanpa, islam, kafir. 


oleh itu, kesimpulannya islam amat memerlukan gerakan politik, serta gerakan politik juga amat meemrlukan islam. justeru itu, kedua-duanya tidak boleh dipisahkan dan perlulah bergerak seiring untuk menyebarkan dakwah islamiyah dengan berjaya serta dinamik.

Sunday, January 17, 2010

AKIDAH ISLAM

gempa bumi yang telah melanda negara Haiti yang dikenali juga dengan negara "voodoo" telah membawa pelbagai kesan sama ada yang berbentuk positif mahupun negatif. pada hakikatnya, gempa bumi yang dianggarkan berukuran 7.1 skala ritcher itu, sememangnya banyak membawa perkara yang boleh kita simpulkan sebagai keburukan oleh perasaan manusia tetapi mungkin juga sebagai perkara yang positif bagi manusia yang memerhatikan anugerah Allah itu. 


bagi org islam yang beriman, mereka seharusnya menganggap setiap apa yang ditimpakan oleh Allah, sama ada membawa keburukan mahupun kebaikan, haruslah mengetahui bahawa setiap kejadian itu, mempunyai hikmah yang tersendiri yang mungkin terlindung dari pemikiran manusia.  namun begitu, setiap bencana yang ditimpa terhadap mana-mana tempat pun, walaupun bukan negara islam, setiap umat manusia, terutamanya umat islam, haruslah memberi bantuan yang sewajrnya kepada negara tersebut, sebagai rasa simpati terhadap kesusahan yang dialami oleh negra tersebut.


kadangkala, kemusnahan yang dianugerakan oleh Allah terhadap sesuatu kaum itu, barangkali ia disebabkan kemurkaan Allah terhadap kejahatan penduduk negara tersebut. Allah tidak mengira apa-apa pegangan agama sesuatu kaum itu. selagi mereka melakukan kemungkaran, selagi itulah, kemurkaan Allah akan disalurkan terhadap kaum tersebut. apatah lagi, terhadap negara islam, yang telah digezetkan oleh Allah sebagai agama yang benar sekali di dunia ini. oleh itu, pertalian antara orang islam dengan Allah amatlah rapat. justeru itu, umat islam seharusnya menjaga pertalian ini, dengan menegakkan akidah yang diwahyukan oleh Allah kepada Rasulullah melalui al-Quran, serta menjaga nilai2 murni yang sudah digariskan di dalam al-Quran.


maka, disebabkan bencana yang menimpa Haiti ini, dianggarkan hampir 200,000 ribu penduduknya, terkorban. setiap anugerah Allah itu, pasti akan memberi kesan sama ada secara lansung, ataupun pada masa hadapan. kesan secara lansung kepada Haiti ialah penduduknya yang mati ditimpa runtuhan, pertengkaran, perbalahan ketika mendapatkan bantuan. manakala kesan pada masa hadapa adalah, akan hadirnya wabak-wabak penyakit yang diakibatkan pencemaran oleh gempa bumi ini.


semasa, mendapatkan bantuan pun, merka-mereka ini berebu-rebut untuk mendapatkan makanan, minuman, serta ubat-ubatan. apa yang hendak dipersoalkan ialah, walaupun semasa saat darurat begini pun, dlam keadaan mereka sama-sama bertarung nyawa, mereka masih juga membuat kemungkran, dengan mendapatkan bantuan tanpa rasa kesabaran, serta bertindak menindas sesama mereka. inilah yang bezanya antara umat islam dengan umat-umat yang lain. umat islam akan pasti dengan penuh kesabaran melawan kemudaratan. inilah keindahan islam di mana umatnya digelar umat yang terbaik oleh Rabb manusia ini.

JAWAPAN TERHADAP ISU BAZAAR TOK GURU

Cerita Bazar


Tuhan mencipta manusia dengan bakat yang berbeza.Apabila artis cuba mentafsir angka, fakta ekonomi sudah menjadi lukisan abstak. Mengeluarkan pendahuluan untuk membeli aset sebanyak 23 juta, bukan bermakna kerugian. Tidak sama sekali.Perjanjian antara PMBK dengan Sensa Timur telah tertandatangani. Sensa Timur akan membina sebuah Bazar tiga tingkat dengan perbelanjaan syarikat. Tingkat satu dan dua yang dianggarkan bernilai RM 40 juta akan diserahkan kepada PMBK. 

Pulangan untuk Sensa ialah tanah seluas 6 ekar beserta tingkat bawah Bazar tersebut. Sebahagian tanah pula akan digunakan sebagai jalan untuk laluan baru dan juga kegunaan awam yang lain. Nilai Bazar tingkat bawah itu ialah RM 23 juta.Sekarang, peniaga yang hendak ditempatkan di Bazar ini mahukan tingkat bawah juga dijadikan sebagai lot untuk mereka. Bazar ini sepenuhnya untuk para peniaga kecil. Itu yang mereka mahu. 

Kerajaan pula, memang bercadang melindungi terus para peniaga kecil ini dengan kedudukan perniagaan yang strategik. Itu hasrat Tok Guru.Kalau Kota Bharu dikatakan barangan dengan harga murah, mungkin sebahagian ialah kerana kos premis yang juga murah. Kalau premis sudah berharga mahal, barangan yang dijual juga perlu naki harga.

Keperihatinan Tok Guru dalam isu ini amat jelas.
Menjelang pilihanraya yang lalu, isu ini berbangkit sekali lagi kerana Pasar Lama MPKB yang telah berusia lanjut dan disahkan uzur, perlu dirobohkan. Ke mana peniaga di situ akan ditempatkan? Mereka bersetuju Bazar Tok Guru adalah 'sarang' perniagaan mereka yang baru. Mungkin ada sedikit 'over look' di pihak PMBK ketika menandatangani perjanjian itu. Mungkin PMBK beranggapan mana-mana tingkat adalah o k bagi peniaga.

Selepas peniaga membangkitkan semula isu ini dan memohon jasa baik Tok Guru untuk tetap menjadikan premis utama perniagaan mereka di tingkat bawah, selain lain-lain tingkat, Tok Guru telah bersetuju membentuk sebuah Jawatankuasa yang dipengerusikan sendiri oleh YB Datuk Timbalan Menteri Besar. Jawatankuasa ini dipersetujui oleh Mesyuarat Exco Kelantan.

Jelas, kelebihan Tok Guru. Jarang pemimpin akan bersikap lunak atas nama hasrat dan permintaan rakyat dan terbuka untuk apa sahaja perubahan asalkan ia boleh memberikan kepuasan kepada pelanggan iaitu rakyat jelata. Kenapa sikap dan pendirian Tok Guru ini tidak dibesar-besarkan dan disanjung? Jawatankuasa ini telah beberapa kali bermesyuarat, termasuk dengan wakil peniaga. Keputusan terakhir Jawatankuasa telah dimaklumkan untuk persetujuan Exco Rabu lepas.

Kerajaan akan membeli dari Sensa Timur, mewakili para peniaga, bahagian mereka dari Bazar ini iaitu tingkat bawah, dengan harga nilaian RM 23 juta. Tujuannya ialah supaya tingkat bawah tersebut boleh dijadikan lot peniaga kecil dan boleh dijual atau disewajual kepada para peniaga.

Jika setiap lot dijual dengan harga RM 60,000, dengan jangkaan lotnya sebanyak 383 lot, Kerajaan boleh mendapatkan semula RM 23 juta tersebut. RM 23 juta itu sebenarnya hanyalah bayaran pendahuluan oleh Kerajaan. Lagipun, ia tidak perlu dikeluarkan serta merta dan mungkin hanya perlu dibayar selepas pembinaan disiapkan. Ini bermakna, dalam tempoh pembinaan, Kerajaan sudah boleh memulakan jualan lot-lot berkenaan.

Bagaimana jumlah RM 23 juta yang merupakan harga bagi tingkat bawah Bazar itu yang akan diperolehi semula oleh Kerajaan boleh dikatakan kerugian?Jika ia dikatakan kerugian, itu bukan rumusan ekonomi tetapi sebuah karya seni. Apa motif karya seni dihasilkan sedemikian, terpulang. Antara peniaga yang akan dipindahkan ke bazar baru ini selain peniaga Arked Lama MPKB ialah peniaga Arked Uda.

Kalau Arked Lama MPKB dikatakan uzur, peniaga Arked Uda pula perlu berpindah kerana Uda akan mendirikan gedung perniagan baru mereka di tapak yang ada sekarang. Uda ditubuhkan untuk menjaga kepentingan strategik orang Melayu di pusat-pusat bandar. Dalam perjalanannya yang jauh, fungsi UDA semasa penubuhannya dulu mungkin telah beransur berubah. Bangunan yang besar dengan ruangan niaga yang mahal, dicampur orientasi keuntungan, sedikit demi sedikit meletakkan tanggung jawab sosial semakin terpinggir.

Dalam kes ini, Kerajkaan Negeri pula terpaksa mengambil alih peranan UDA dengan peniaganya sendiri di Arked mereka terpaksa mencari tempat bernaung di bazar yang akan didirikan khas oleh Kerajaan Negeri. Ini sebenarnya sudut yang harus dilukiskan dengan penuh perasaan oleh artis-artis. Lebih-lebih lagi, bagi sesiapa yang masih ingat kisah peniaga kecil ini yang terpaksa berpindah randah, bermula darti Medan Hijau berdekatan Bangunan UMNO Negeri Kelantan sekarang, satu masa dulu.

Atas sebuah perjalanan yang datang bersekali dengan pertukaran Kerajaan pada masa itu dan sebuah obligasi sosial yang akan dijayakan oleh Tok Guru, RM 23 juta bukan pertaruhan tanpa perhitungan. Ia gambaran komitmen Kerajaan Negeri terhadap nasib rakyatnya , termasuk para peniaga dan atas tujuan memenuhi obligasi sosial sahaja, ia selamanya bukan sebuah kerugian.

Bagaimana maklumat ini bocor?

Ia satu sudut bagaimana isu ini boleh dilihat, kalau maklumat ini dirasakan rahsia atau perlu dirahsiakan.

Pertama, ia dibincang oleh Jawatankuasa. Jawatankuasa ini ada ahlinya. Pemaju juga mungkin dijemput untuk berbincang dan persetujuan mereka tentulah perlu. Kerana itu, mereka mungkin orang paling awal tahu tentang maklumat ini. Waklil PMBK juga mungkin hadhir dan wakil ini mungkin pula perlu berbincang dengan rakan sejawatan mereka di PMBK. Mereka tahu tentang maklumat ini, Ia kemudian dibincang dalam Exco.

Jika 'kebocoran' ini perlu disiasat, saya sangat menyokong. Ia boleh mengelakkan ada mana-mana pihak menjadi mangsa permainan- baik bernama sangkaan atau tudingan. Jalan yang paling mudah, rasa saya, ialah Tok Guru memanggil majlis dan dengan menggunakan apa-apa kaedah yang diajar oleh Islam, mencari orangnya. Ia boleh bermula dengan Ahli Exco sendiri supaya ia tidak berpanjangan dan berterusan dalam prasangka.

Juma'at lalu, Mahkamah Rayuan di Putra Jaya telah menolak rayuan seorang peniaga yang telah menyaman Akademi Keluarga Bahagia atas isu pembekalan baka-baka kambing. Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah juga menolak permohonan mereka.

Isu ini telah dikaitkan dengan saya sedemikian lama oleh seorang penulis blog. Sesekali tulisan penulis blog ini semacam menunjukkan ada maklumat dalaman. Pada masa yang sama, penulis ini berkawan rapat dengan pemimpin dan orang tertentu. Malah permit penerbitannya digunakan untuk menerbit satu tabloid pro PAS.

Rasanya sudah lebih empat tahun blog ini mencincang saya berbagai gaya. Saya mengambil sikap tidak bertindak balas baik pada penulis blog tersebut mahu pun rakan-rakannya yang sesetengahnya juga adalah rakan saya. Sebabnya, isu yang dibangkitkan tidak faktual. Ia lazimnya dicampurkan dengan fantasi dirinya sendiri. Ia sampai lebih tahu apa ada dalam hati kecil kita dari kita sendiri. Ia sampai memasang niat saya seakan dia adalah saya dan saya adalah dia.

Tapi itu bukan kerja baru. Islam telah mengajar semua itu. Selagi kita benar, kebenaran akan terserlah, lambat atau bangat. Keputusan kedua mahkamah itu adalah contohnya. Serangan seperti ini amat bertunjangkan kebencian, bukan kejujuran. Dalam kes baka-baka kambing tadsi, kisah bermula apabila saya meminta bekalan yang hendak dihantar kepada Kerajaan mestilah dijalankan melalui proses tawaran harga. Tawaran syarikat lain untuk spesifikasi sama ialah semuanya di bawah RM 900.

Ia menjadi punca kemarahan tetapi Insya Allah, saya rela mati mempertahankan prinsip dari tunduk kepada ugutan. Ia memang tidak mudah. Sentiasa ada pemain-pemain yang lincah bermain di luar garis peraturan. Sumbatan belakang tabir mungkin boleh terjadi. Namun, semua itu lumrah yang tidak ada penghujungnya sementara dunia belum kiamat.

Zulaikha yang cuba memperdaya Nabi Yusuf tiba-tiba terlepas dengan bijak berkata-kata dan Nabi Yusuf pula menjadi mangsa tuduhan. Abang-abang Nabi Yusuf yang cuba membunuh baginda pulang menemui bapa mereka dalam keadaan menangis teresak-esak, membawa pulang baju berlumuran darah. Semuanya sebuah pementasan drama kehidupan.

Sentiasa ada yang perlu berkorban untuk jenayah dan keburukan yang dilakukan orang lain.


Saturday, January 16, 2010

DI MANAKAH KITA SEKARANG INI????


Baitulmaqdis merupakan kota suci ketiga bagi umat Islam. Kota yang dikenali sebagai al-Quds itu mempunyai perkaitan yang terlalu rapat dengan Islam. Ia menjadi kiblat pertama umat Islam dan merupakan tanah yang diturunkan ramai para Nabi sebagai utusan. Kerana itu, adalah sesuatu yang sangat menyedihkan untuk menyaksikan kota suci umat Islam itu kini jatuh ke tangan rejim zionis. Namun, perlu diakui kota itu juga dianggap sebagai kota suci bagi penganut agama Kristian dan Yahudi. Kerana itu jugalah, kota itu merekodkan sejarah persengketaan antara agama yang panjang termasuklah sehingga ke abad ini.

Konflik Asia Barat itu bermula apabila Israel menyerang Palestin dan menawan Baitulmaqdis pada perang 1967 dan memulakan proses pengyahudian sejak itu. Ini termasuklah merampas tanah rakyat Palestin di kota tersebut terutama di kota lama yang menempatkan Masjid al-Aqsa. Israel juga merobohkan rumah-rumah orang Arab, membatalkan status pemastautin penduduk Arab di Baitulmaqdis dan membina penempatan Yahudi. Bangsa Arab yang asalnya merupakan 96 peratus daripada penduduk Baitulmaqdis kini hanya tinggal sekitar 30 peratus akibat usaha sistematik Israel mengubah landskap penduduk kota tersebut.

Kini tembok pemisah dibina dari utara ke selatan Tebing Barat untuk memisahkan penduduk Palestin dari penempatan Yahudi di wilayah yang diduduki. Panjang tembok tersebut sudah menjangkau 800 kilometer. Tembok pemisah itu di bina jauh ke dalam wilayah Tebing Barat dan menyebabkan Baitulmaqdis terpisah dari Tebing Barat. Situasi ini memang dirancang supaya jika negara Palestin yang terdiri dari Tebing Barat menjadi kenyataan sekalipun, Baitulmaqdis berada di jajahan takluk Israel kerana kedudukannya di sebelah barat tembok pemisah berkenaan. Dalam erti kata lain, sekali pun rakyat Palestin bermandi darah mempertahankan kota suci itu, harapan untuk mendapatkan semula Baitulmaqdis adalah terlalu sukar.

Kerana itu apabila ada usaha supaya Palestin dan Israel menerima Baitulmaqdis sebagai ibu negara bersama bagi merungkai konflik enam dekad di Asia Barat, ia tidak boleh secara terus diangkat sebagai satu penyelesaian yang berat sebelah. Sebaliknya ia wajar diperhalusi dan disokong sekiranya ia menuju kepada perdamaian yang abadi di bumi Palestin. Kita mungkin boleh berkata bahawa biar bermandi darah sekali pun, Baitulmaqdis perlu dipertahankan daripada jatuh ke tangan agama lain. Tetapi dalam peperangan mempertahankan kota suci itu, pejuang sebenarnya ialah rakyat Palestin. Nyawa rakyat Palestin yang menjadi pertaruhan dan kita hanya mampu memandang dari jauh.

Adakah berbaloi rakyat Palestin terus dikorbankan semata-mata untuk mempertahankan kota suci itu dan melindungi Baitulmaqdis untuk umat Islam keseluruhannya? Hakikatnya cadangan untuk menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu kota bersama bukanlah baru.Ia beberapa kali disuarakan di peringkat antarabangsa, namun tiada sokongan yang kuat kerana Israel enggan menerimanya. Bagi Israel, perkongsian Baitulmaqdis itu akan menafikan hak pendudukan mereka ke atas Baitulmaqdis sejak 1967.

Apa yang disebutkan sebagai ibu negara bersama itu juga sebenarnya tidak jauh berbeza daripada cadangan pembahagian negara antara Israel dan Palestin. Cadangan ini juga sudah lama dibangkitkan sebagai salah satu penyelesaian kepada konflik di Asia Barat. Palestin dilihat boleh bertoleransi dengan cadangan itu, tetapi Israel menolak kerana tidak mahu ada penganut agama lain di negara itu selain Yahudi. Kerana itu juga, Israel sekali lagi menolak keras usul yang diputuskan dalam pertemuan antara Menteri Luar Kesatuan Eropah (EU) yang berlangsung di Brussel, akhir Disember lalu.

Bagi pemerhati Asia Barat, Dr. Hafidzi Mohd. Noor, ini sebenarnya mengulangi komitmen serupa yang pernah beberapa kali disuarakan oleh masyarakat antarabangsa. Menurut Pengarah Pusat Kecemerlangan Palestin (Pace) itu, bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Bill Clinton pernah mencadangkan agar negara Palestin diwujudkan melalui pendekatan land swap iaitu pertukaran wilayah di antara Israel dan Palestin sebanyak dua hingga lima peratus. Jika pemimpin Palestin ketika itu, Yasser Arafat bersetuju dengan formula tersebut maka Tebing Barat akan diserahkan sepenuhnya kepada Palestin. Namun bila diteliti kawasan land swap itu, pertukaran wilayah tersebut termasuk Baitulmaqdis.

Dalam erti kata yang lain Baitulmaqdis perlu diserahkan sepenuhnya kepada Israel sebagai syarat kemerdekaan Palestin. Sudah semestinya, ia bukanlah cadangan yang adil lalu terhenti setakat itu. Hafidzi menambah, pernah juga dicadangkan agar kedaulatan Baitulmaqdis dibahagi dua iaitu kedaulatan sebelah permukaan dan kedaulatan sebelah dasar (surface sovereignty dan deeper sovereignty). Palestin diserahkan kedaulatan permukaan sedang Israel mendapat kedaulatan sebelah dasar. "Ini sebenarnya merujuk kepada pembahagian Masjid al-Aqsa. Bangunan-bangunan yang berada di bahagian permukaan masjid diletakkan di bawah mandat Palestin sedangkan apa yang ada di bawahnya merupakan mandat Israel. Ini bermakna jika bangunan-bangunan di sebelah atas hapus atau diruntuhkan maka yang tinggal hanya kedaulatan Israel," ujar Hafidzi.

Dengan fakta-fakta ini sebagai latar belakang, cadangan untuk menamakan Baitulmaqdis sebagai ibu negara bersama hampir mustahil untuk menjadi kenyataan. Proses pengyahudian terus berjalan sehingga penduduk Arab dan Islam menjadi golongan minoriti di sana. Polisi membatalkan status pemastautin penduduk Arab dan pengusiran mereka terus dipertingkatkan. Pergerakan penduduk Arab juga amat terbatas di Baitulmaqdis, bahkan mereka yang berumur 50 tahun ke atas sahaja yang dibenarkan mengunjungi Masjid al-Aqsa.Kewujudan tembok pemisah kini meletakkan Baitulmaqdis terpisah dari Tebing Barat. Jika negara Palestin diisytiharkan, bererti ibu negaranya berada di luar batas sempadan antarabangsa.

Bagaimanapun Hafidzi mengakui, bukanlah suatu yang mustahil untuk menamakan Baitulmaqdis sebagai ibu negara bersama, sekurang-kurangnya ia boleh dilaksanakan sebagai jalan keluar sementara sehingga penyelesaian kekal dipersetujui.Namun pengisytiharan ibu negara bersama ini mesti mengambil kira senario semasa. Jika Israel masih meneruskan projek rampasan tanah penduduk Arab dan menjalankan polisi mengyahudikan Baitulmaqdis, maka ibu negara bersama itu hanyalah satu pengisytiharan kosong untuk mengaburi masyarakat antarabangsa. Israel wajib mengambil inisiatif untuk mengembalikan status asal Baitulmaqdis dan mengembalikan hak penduduk Arab di kota tersebut.

Akhirnya jika rakyat Palestin bersetuju menamakan Baitulmaqdis sebagai ibu negara bersama, ini juga sudah merupakan satu konsesi yang cukup besar dari Palestin.Ini kerana tambah Hafidzi, jika dirujuk kepada resolusi-resolusi PBB seperti 242 dan 338, adalah jelas Baitulmaqdis merupakan kedaulatan penuh Palestin. "Pendudukan Israel ke atas Baitulmaqdis adalah tidak sah dan mereka wajib berundur dari Tebing Barat dan Baitulmaqdis timur, kembali ke garisan hijau seperti sebelum tahun 1967," katanya.

di manakah kita umat islam di malaysia.....?????

KLATE GOMO BLAKO

malam ini, perlawanan bola sepak liga super akan menemukan kelantan dengan perlis di stadium utama kangar perlis. kelantan yang diperkuatkan dengan 7 pemain baru yang boleh digelar pemain bintang semuanya, dirasakan terlalu kuat oleh skuad perlis. lantaran pula, walaupun sblm kemasukan pemain bintang ini di dalam skuad kelantan iaitu semasa separuh akhir piala malaysia, skuad kelantan membelasah pasukan perlis dengan agregat 5:1 di mana kelantan telah membelasah perlis 3:1 di lama perlis di kangar, inikan pula setelah kemasukan pemain-pemain bintang tersebut di dalam skuad kelantan. maka, terlalu kuatlah kekuatan skuad kelantan untuk dihadapi skuad perlis. 

namun begitu, kedua-dua pasukan mendapat suatu tonik yg diperlukan, di mana pada perlawanan yang lepas kedua-dua skuad ini mencatatkan kemenangan  yang sangat dominan untuk menunjukkan kekuatan sjuad masing-masing pada saingan tahun ini. pada pelawanan lepas, skuad pahlawan merah, telah membelasah pasukan harimau selatan iaitu johor pasir gudang dengan keputusan 3:0. jaringan oleh akmal rizal, serta kembalinya sentuhan zinedine zidane kelantan iaitu, badri radzi dan juga jaringan kapten pasukan iaitu indera putra, melengkapkan malam kegemilangan skuad pahlawan merah ini yang mengimpikan juara treble dalam saingan liga malaysia pada tahun ini.


di samping itu, perlis juga menunjukkan reputasi mereka yang sebenar apabila membenam bekas juara treble saingan liga malaysia 2 tahun berturut iaitu kedah di laman stadium darul aman dengan keputusan 1:0. kemenangan ini meneruskan lagi rekod kemenangan pasukan perlis setelah, pasukan perlis juga telah mengalahkan pasukan kedah di dalam final saingan piala emas raja-raja sebelum ini.

perlawanan ini juga, sangat memberi makna yang mendalam terhadap kedua-dua pasukan. semasa separuh akhir piala malaysia tahun lepas, kekalahan pasukan perlis di laman sendiri terhadap pasukan kelantan, telah menyebabkan ketidakpuasan hati para penyokong perlis yang telah melakukan rusuhan kecil serta merosakkan kenderaan-kenderaan yang dinaiki oleh penyokong kelantan.

perlawanan antara kedua-dua pasukan ini juga kemungkinan besar akan menjadi pilihan untuk disaiarkan secara lansung di stesen rasmi bola sepak malaysia iaitu di rtm 1. 

Thursday, January 14, 2010

JANJI-JANJI ALLAH S.W.T.

Saya rasa ramai yang agak keliru terhadap kenyataan rasmi PAS yang membenarkan kalangan Kristian Katholik menggunakan Kalimah 'Allah' khususnya berhubung tuntutan akhbar mingguan Katholik Herald. Dikalangan PAS sendiri ada yang pro dan ada yang kontra berhubung isu ini menyebabkan TGHA terpaksa membuat kenyataan yang lebih terperinci berhubung pendirian PAS itu.
Walau bagaimana pun, beliau menegaskan :
Kesimpulannya, kita tidak boleh melarang mereka menggunakan perkataan Allah di kalangan mereka sendiri, dalam ibadat mereka dan amalan mereka, walau pun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita. Adapun menggunakan perkataan Allah oleh mereka terhadap masyarakat Islam untuk menyebarkan agama mereka dengan fahaman mereka, atau menjadikan perkataan Allah sekadar mengubah jenama bagi melariskan barangan dalam masyarakat Islam, tidak boleh dizinkan sama sekali. Ini adalah kerana menyalahgunakan perkataan Allah yang Maha Suci kepada umat Islam dan bercanggah dengan makna mengikut bahasa yang diamal oleh umat Islam, adalah dikira menodai kesucian dan kemurnian kalimah Allah di hadapan umat Islam. 
[lihat disini]
Pendirian resmi PAS dilihat agak terbuka dan sederhana. Antara perkara yang dinyatakan oleh PAS ialah:
PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi. Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.
PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat [klik sini] Saya menyokong penuh kenyataan rasmi tersebut bahawa 'Islam tidak melarang' . Sepertimana Islam tidak melarang orang bukan Islam makan babi atau minum arak.Namun larangan tersebut bukan bermakna Islam suruh mereka buat atau beri galakan kepada mereka supaya membuatnya.Islam tidak larang tetapi ada perkara-perkara atau syarat-syarat tertentu yang perlu di hormati.


Selain Katholik ,khabarnya agama Sikh juga menggunakan kalimah Allah dan saya sendiri pernah terkeliru menyangkakan Gurdwara Sikh sebagai masjid kerana bentuk bina bangunannya yang hampir menyamai bentuk masjid! (gambar kiri 'Wadda' Gurdwara Sahib - Penang)

Lihat pula agama Bahai yang juga menggunakan nama Allah sebagai tuhan mereka.Kalau lihat pada gambar pengasasnya boleh mengalahkan Tok Guru pondok di mana-mana pun.Mereka juga gunakan kaliman Allah
Baha'ullah pengasas agama Bahai
`Abdu'l-Bahá (no 3 barisan depan ) pengasas agama
Bahai , bersama adik beradik serta pengikutnya.
Namun apa yang pentingnya adalah penggunaan kalimah tersebut tidak disalahgunakan bagi mengelirukan atau yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.PAS telah menyatakan pendiriannya berhubung perkara ini. Kerajaan seharusnya bertindak segera dengan memanggil mereka yang terlibat ke meja perundingan agar dapat merungkai masalah yang dihadapi dengan cara yang sebaik mungkin.Tolak ansur di semua pihak amat diperlukan agar keharmonian dan keamanan negara tidak tergugat.
Tentunya kita semua tidak mahu melihat keadaan seperti mana gambar yang disertakan berikut yang kini boleh terdapat di Malaysia Timur.Keadaan inilah yang PAS sendiri sifatkan sebagai menyalahgunakan kerana boleh mengelirukan dan menjejaskan keharmonian kaum dan agama .PAS tidak mahu perkara sebegini turut berlaku di negara ini.


al-Husseyn

Tuesday, January 12, 2010

JANJI-JANJI ALLAH S.W.T.

Rupa-rupanya, isu penggunaan kalimah Allah telah pun dibincang bersama Sheikh Yusuf Qardhawi sewaktu kedatangan Sheikh Yusuf sempena Maal Hijrah di Malaysia. Dan beberapa pimpinan besar NGO2 Islam dan Melayu telah menghadziri perjumpaan tersebut.

SHEIKH YUSUF TIDAK MENENTANG PENGGUNAAN NAMA ALLAH UNTUK ORANG KRISTIAN

Di dalam perjumpaan tertutup tersebut, para wakil2 NGO Islam telah diberitahu bahawa penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian dibenarkan oleh Islam. Sheikh Yusuf menyatakan bahawa Islam tidak mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh golongan agama samawi khususnya orang Kristian dan Yahudi. Sheikh Yusuf juga berkata bahawa penggunaan nama Allah oleh orang Kristian berlaku di seluruh negara Arab dan negara umat2 Islam. Ia bukan satu benda yang menghairankan.

Namun, para NGO2 Islam dan Melayu ini tetap berkeras menolak ijtihad Sheikh Yusuf Qardhawi ini. Alasan mereka gunakan hanyalah alasan bahawa keadaan di Malaysia lain dari tempat-tempat lain. Namun, mereka tidak dapat memberikan apa-apa hujjah lain melainkan hujjah-hujjah sebegini.

SEMUA ALASAN MENOLAK TIDAK BERASASKAN KEPADA ISLAM

Sedar atau tidak, tiada nas atau hujjah berasaskan Islam yang diberikan oleh mana-mana NGO Islam bagi menolak penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian.
Sekali lagi saya sebut, TIADA. Saya ambil contoh ABIM. Kalau kita rujuk kenyataan umum mereka berkenaan isu ini, alasan yang mereka gunakan hanyalah alasan peruntukan PErlembagaan Malaysia. Saya petik:

http://www.abim.org.my/component/content/article/1-siaran-media/579-kenyataan-media-abim-polemik-kalimah-allah-abim-kesal-keputusan-mahkamah-tinggi-kuala-lumpur
“ABIM menilai keputusan ini tidak bertepatan dengan semangat peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam di tempat yang istimewa di kalangan agama-agama lain di negara ini. Ia juga bertentangan dengan larangan penggunaannya yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Majlis-Majlis Agama Islam Negeri kerana ia dikenalpasti bakal mengelirukan akidah dan konsep ketuhanan di kalangan umat Islam, merobek sensitiviti umat Islam selaku majoriti di negara ini serta berpotensi menimbulkan ketidaktenramaan awam sekiranya tidak ditangani secara baik.. “.

Ertinya penolakan ABIM dan NGO2 Islam yang lain BUKAN BERASASKAN KEPADA ISLAM. Kita tidak tahu apa alasan mereka menolak penggunaan kalimah Allah ini tapi yang pastinya ia tidak berdasarkan kepada Islam.
MEreka sehingga sanggup menolak mentah-mentah pendapat yang diberikan oleh Sheikh Yusuf Qardhawi sendiri.

UMNO dan JAKIM DALANG SEBENAR DI BELAKANG NGO-NGO ISLAM

Dari
email yang saya pernah dapat dari Mahaguru58 menunjukkan bahawa Zahid Hamidi, dan JAKIM, telah berkempen atas isu ini sejak awal 2009 lagi. Mereka telah mengumpulkan kesemua NGO2 dan BLOGGERS bagi memberi “penerangan” (kononnya) berkenaan dengan isu Kalimah Allah ini. Hakikatnya, ianya adalah penipuan dan muslihat UMNO semata-mata. Mengapa kempen JAKIM ini dilakukan secara agresif hanya selepas kekalahan teruk UMNO pada Mac 2008? Mengapa sebelum itu JAKIM tidak berkempen dengan agresif dalam isu ini?

Malangnya NGO-NGO Islam seperti ABIM ini mudah sangat ditipu oleh UMNO. Saya masih tak boleh lupa bagaimana ABIM telah menipu PAS dengan mengajurkan forum berkenaan Palestin sewaktu arwah Ustaz Fadzil masih hidup. Program yang telah berlansung di Dewan Bahasa dan Pustaka itu telah memberi keuntungan yang besar kepada UMNO. Saya tak tahulah apa balasan yang telah diberikan oleh ABIM kepada UMNO namun saya yakin balasan dari UMNO itu adalah lumayan.

Bagi saya ABIM ini hanya barua UMNO dan mereka tidak boleh dipercayai langsung. Lebih baik semua umat Islam memulaukan ABIM kerana mereka menggunakan nama Islam untuk memperjuangkan nasionalisma Melayu semata-mata. Juga, kalau JAKIM benar-benar ikhlas mahu memperjuangkan Islam,mengapa mereka bekerjasama dengan Mahaguru58/MBA?
Mahaguru58 sendiri mengakui beliau mengikut tariqat yang disesatkan oleh JAKIM.

DEBAT TULANG BESI DENGAN AB BANJARY

AB Banjary ni bekas pelajar Al Azhar. Jadi, pada mulanya saya terkejut kerana sepatutnya beliau tahu yang Kristian Koptik di Mesir menggunakan kalimah Allah secara meluas. Juga, Kristian Mesir telah menggunakan kalimah Allah sejak 1000 tahun masihi yang lepas. Sepanjang penggunaan kalimah Allah ini, tiada ulama-ulama besar Al Azhar telah mengharamkannya. Adakan AB Banjary lebih hebat dari ulama2 Azhar sepanjang zaman? Namun baru saya teringat. Pelajar-pelajar kita di Mesir tidak berapa bercampur dengan masyarakat tempatan Mesir.

Pendudukan mereka tertumpu di “Madinit Nasr” terutamanya di “Haiya Sabiq”(Seksyen Ke TUjuh) dan “Haiya Asyir”( Seksyen ke Sepuluh) berhampiran “Suuq Saiyaqa”(Pasar Kereta).Jangankan dengan Krisitan Mesir, dengan orang Islam Mesir pun mereka jarang-jarang bergaul. Kalau saudara nak cari orang Melayu bila berada di Kaherah, ambil taksi dan bilang pada pemandu taksi mahu ke “madinit nasr-hayya sabiq”. Saudara hanya perlu turun di mana-mana simpang empat di situ dan tunggu. Tak sampai 5 minit saudara/ri akan berjumpa dengan muka Melayu.

Bukan sahaja pelajar-pelajar Melayu berkumpul di dua “Seksyen” sahaja, malahan mereka dipecah-pecahkan mengikut negeri. Ini kerana setiap negeri di Malaysia ada membeli sebuah bangunan yang bertumpu di “haiyya sabiq” dan “Haiyya Asyir” itu. Malahan, negeri Sarawak pun ada beli bangunan yang dipanggil “Rumah Sarawak”.
Maka, pengaulan pelajar-pelajar kita di Kaherah itu terbatas. Walaupun mereka belajar dalam kelas dalam bahasa Arab, tapi bila keluar kelas mereka bergaul hanya dengan bangsa Malaysia. Jadi saya yakin sangat berapa kerat sahaja pelajar Azhar ini yang pernah berinteraksi dengan orang2 Mesir yang beragama Kristian.

Saya ditakdirkan Allah SWT telah bekerja di bawah seorang boss yang berbangsa MEsir dan beragama Kristian. Namanya adalah George Nushy. Dan, saya sendiri pada mulanya terkejut apabila beliau bercakap dengan menggunakan kalimah “Inshaalah”, “Alhamdulillah” dsbnya. Malahan, email beliau sendiri menggunakan perkataan “Insaahalah” bagi menyatakan beberapa perkara yang akan beliau lakukan. Saya yakin tak ramai pelajar Azhar yang mendapat pengalaman seperti saya.

Malahan orang Kristian Koptik di Mesir telah mengubah hari Ibadah mereka dari hari Ahad kepada Hari Jumaat. Dan saya lihat pergaulan antara Kristian dan Islam di Mesir ni macam tiada masaalah. Saya pernah berbeli belah di Suq Saiyiida Zainab dan saya dapati penjual-penjual barang yang Kristian menjual barang mereka di pintu masuk Masjid Saiyyida Zainab. Ertinya orang Kristian di sana tak kesah pasal Masjid dan Azan.

Saya juga yakin tak ramai pelajar Malaysia di Azhar tahu bahawa tentera Salahuddin Ayubi terdiri sebahagiannya dari Kristian Koptik Mesir ini. Ertinya dalam Perang Salib, Krisitan Koptik Mesir telah berperang di pihak Salahuddin Ayubi. Kesimpulannya, AB Banjary, walaupun belajar Azhar, pun tak dapat memberi hujjah berdasarkan syariat bagi penolakan beliau terhadap penggunaan kalimah Allah oleh orang Krisitan.

Juga, apabila tiada alasan, mereka2 ini suka menggunakan kalimah-kalimah Arab seperti “Siyasah Syariiyaah” dsbnya. Tapi, bila diminta memberi penerangan, biasanya mereka tidak dapa sebab hakikatnya, dari sudut Siayasah Syariiah, memberi orang Kristian menggunakan nama Allah lebih menguntungkan Islam dari segi politik.

Wednesday, January 6, 2010

JANJI-JANJI ALLAH S.W.T.

sejak kebelakangan ini, kita "dikejutkan" dengan berita Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah.Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut.Hakim Lau Bee Lan berkata arahan oleh menteri dalam negeri itu adalah 'tidak sah dan batal”.Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja. ulamak pelbagai aliran dan pemikiran mereka, masing2 memberikan pendapat yang sangat logikal sekali. ada yang menyokong bahawa penggunaan perkataan Allah bukan eksklusif terhadap umat islam sahaja. mereka memberikan dalil naqli yang sangat kritikal maksudnya... firman Allah yang bermaksud...
“Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!” (Surah al-Zukhruf ayat 87-88).
Firman Allah dalam ayat yang lain: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).
ayat ini menunujukkan bahawasanya, perkataan Allah juga digunakan oleh ummat kristian, yahudi yang mana asal kepada agama ini juga adalah datang dari Allah, cuma mereka telah terpesong.
manakala hujah yang dilemparkan dr maza sangat bernas sekali. katanya::::
"Ayat-ayat ini, bahkan ada beberapa yang lain lagi menunjukkan al-Quran tidak membantahkan golongan bukan muslim menyebut Allah sebagai Pencipta Yang Maha Agung. Bahkan Nabi Muhammad s.a.w disuruh untuk mengucapkan kesyukuran kerana mereka mengakui Allah. Apa yang dibantah dalam ayat-ayat ini bukanlah sebutan nama Allah yang mereka lafazkan, sebaliknya ketidak tulusan tauhid yang menyebabkan akidah terhadap Allah itu dipesongkan atau bercampur syirik."
katanya lagi:
""Justeru, soal bukan muslim mengakui Allah tidak dibantah oleh Islam, bahkan kita disuruh bersyukur kerana pengakuan itu. Cuma yang dibantah ialah kesyirikan mereka. Umpamanya, jika kita mendengar bukan muslim menyebut “Allah yang menurunkan hujan, atau menumbuhkan tumbuhan”, maka kita tentu gembira kerana dia mengakui kebesaran Allah.
Apakah patut kita kata kepadanya: awak jangan kata Allah yang menurunkan hujan, atau mencipta itu dan ini, awak tidak boleh kata demikian kerana awak bukan muslim, sebaliknya awak kena kata tokong awak yang menurun hujan”. Apakah ini tindakan yang betul? Tidakkah itu menjauhkan dia dari daerah ketuhanan yang sebenar? Kita sepatutnya berusaha mendekatkan dia kepada ajaran yang benar. Namun, jika dia berkata: “Tokong ini adalah Allah”. Saya kata: “Awak dusta, itu tidak benar! Maha suci Allah dari dakwaan awak”.""
di samping itu, menurut mursyidul am pas, beliau mengatakan tidak salah penggunaan perkataan Allah oleh penganut agama samawi yang lain. tetapi apa yang beliau bimbangkan ialah penggunaan perkataan Allah disalahgunakan.
namun begitu, seperti biasa, umat islam akan mengatakan pendapat yang berbeza-beza. bersambung..................