Sunday, August 22, 2010

RIBUT LAGI MELANDA BAZAAR RAMADHAN

semalam, satu lagi kejadian ribut menimpa bazaar ramdhan yang  bersebelahan padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) . hari tu, di melaka, sekarang ni di pahang. sekali imbas, kt boleh agak mengapa Allah turunkan ribut yang boleh dikategorikan sebagai bala itu. Allah telah mengingatkan kita, apabila kt dikelilingi maksiat, walaupun peniaga tidak melakukan maksiat, kesannya tetap akan terkena.



Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.10 petang ketika bazar tersebut dipenuhi orang ramai yang sedang membeli juadah berbuka puasa di situ.Keadaan itu menyebabkan 42 daripada 190 peniaga mengalami kerugian akibat kemusnahan harta benda, barangan jualan makanan serta minuman.


sudah semestinya, ramai anak-anak muda yang pergi ke bazaar untuk membeli makanan. apa yang menjadi kemaksiatan adalah kehadiran gadis-gadis seksa yang menggedikkan diri untuk merayau-rayau yang bukan hanya bertujuan untuk membeli makanan tetapi umpama sehelai daun yang luruh tanpa tujuan. kegedikan daun itu terserlah. pakaian yang disarungkan anak-anak gadis, menampakkan keseksaan rohaninya. dengan gaya yang berjalan umpama kucing, menampakkan kemaksiatan.


sementelah pula, pemuda-pemuda yang gantang terus "mengusya" gadis-gadis itu. maka terjadilah maksiat mata. maksiat hati memang sudah terjadi dengan niat untuk mencari "ketenangan". maka tidak hairanlah, bala menimpa. 


ini hanyalah satu contoh bagaimana memungkinkan turunnya bala Allah. masih terdapat banyak lagi kemungkaran yang terlaksana yang sebahagian besarnya tanpa disedari.


wallahualam...

TERAWIH

semalaman PA memikirkan apakah kelebihan-kelebihan yang ada pada angka 11 dengan 21 di dalam bilangan rakaat terawihberserta witir. pikir punye pikir, maka satu kesimpulan telah dibuat. namun dari kesimpulan yang PA buat, janganlah sesekali kita menyesatkan antara satu sama lain semata-mata perbezaan rakaat di dalam sunat terawih. perbezaan ini hanyalah perkara furuj ataupun ranting yang tidak akan membawa kesesatan terhadap akidah umat islam, insya'Allah.

ternyata, apabila imam membaca ayat-ayat al-quran untuk menghabiskan 21 rakaat, pembacaan imam ternyata lebih laju benbanding imam yang membaca ayat al-quran untuk menghabiskan 11 rakaat terawih yang berserta witir. maka sudah tentu, pembacaan imam dari anggapan PA, kurang merdu dari segi lenggok lagu. ayat-ayat Allah, sekiranya dibaca secara perlahan, ternyata lebih merdu dan lebih menyentuh naluri makmum.

umat islam haruslah membaca al-Quran bukan hanya setakat membaca tetapi kalau lebih baik lagi, menghayati bacaan tersebut sama ada dari segi makna dan juga lenggok-lenggok lagu yang dibaca. kalau di mekah dan madinah, bacaan imam seperti al-sudais, al-afasy, al-ghamidi, bacaan mereka-mereka ini sungguh merdu. maka sudah tentu dapat menyentuh naluri dan jiwa makmum yang mendengar bacaan mereka.

sesetegngah masjid di ibu kota yang mengimport imam-imam yang dibawa dari negara timur tengah, bagi PA sangatlah terpuji usaha mereka-mereka itu supaya dapat menarik orang ramai datang berterawih. memang ternyata dengan kemerduan lantunan suara imam-imam import itu dalam melontarkan ayat-ayat Allah, telah memberi  satu kepuasan terhadap makmum. maka tidak hairanlah imam-imam ini dibayar belsan ribu ringgit semata-mata untuk mengimamkan solat di masjid. kebanyaka wang yang digunakan untuk membayar iamm-imam ini adalah dari sumbangan seseorang penderma.

seperti tahun-tahun yang sudah, apabila ramadhan menginjak pertengahan, semakin menurun semangat orang ramai untuk melaksanakan terawih terutama sekali anak-anak muda. namun begitu, usaha anak-anak muda yang datang untuk melakukan terawih amatlah dipuji kerana masih ada sinar keimanan di dalam diri mereka untuk melakukan amal-ibadat yang seterusnya memperkukuhkan keimanan di dalam hati.

wallahualam..

Wednesday, August 18, 2010

APO NI, OGHE BUAT BAIK POM, DIO NK MURIH (MARAH).

KUALA LUMPUR, 18 Ogos — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempersoalkan tindakan pusat dan pemimpin Umno yang “menghentam” kerajaan Kelantan yang melancarkan penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham di negeri itu minggu lalu. Nik Aziz berkata Umno akan terus membangkang apa sahaja usaha baik yang dilakukan kerajaan negeri untuk rakyat di negeri itu.
“Kadang-kadang tingkah laku pemimpin Umno mudah untuk dijangka, apa saja yang baik datang dari Kelantan pasti akan dibangkang habis-habisan oleh Umno.
“Sebut sahaja usaha baik yang dilakukan kerajaan Kelantan, berduyun-duyun pemimpin Umno menunjukkan cerdik memberi komen,” kata beliau dalam kenyaatan dikeluarkan hari ini.
Menurutnya, sejak PAS memerintah Kelantan pada tahun 1990 sehingga kini ada sahaja bangkangan yang dibuat kerajaan pusat.
“Cuti dua hari seminggu digelar sebagai ‘budaya pemalas’, akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya.
“Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru,” katanya.
Mursyidul Am PAS itu berkata, bantahan terbaru yang dibuat terhadap kerajaan Kelantan adalah mengenai penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham di negeri itu.
“Bila kerajaan negeri lancarkan penggunaan penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham, maka bersatulah pemimpin Umno untuk menghentam langkah ini.
“Ramadan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta kerajaan pusat dan pemimpin Umno menghentam kerajaan Kelantan,” katanya.
Nik Aziz juga mempersoalkan tindakan kerajaan pusat yang menghalang usaha kerajaan negeri Kelantan untuk membuat perubahan dalam pembangunan ekonomi negeri itu.
“Saya ingin nyatakan, apa salahnya jika Kelantan ingin memulakan jihad ekonomi ini? Jika kerajaan pusat atau pemimpin Umno enggan memulakannya, janganlah menidakkan usaha pihak lain,” katanya.
Beliau juga menegaskan bahawa penggunaan mata wang syariah bukan mata wang, tetapi hanya pengenalan kepada sistem pertukaran barang.
“Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara demokrasi ini.
“Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak membuat keputusan. Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan yang kita tidak berhak.
“Contohnya, memberi percuma dua blok minyak minyak milik rakyat yang berharga ratusan bilion ringgit kepada kuasa asing. Atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan menafikan royalti,” tegasnya. 
Minggu lalu Nik Aziz melancarkan mata wang syariah dinar dan dirham yang akan digunakan dalam transaksi seharian termasuk pembayaran gaji kepada kakitangan awam.
Kira-kira 1,000 peniaga di bandar ini dilaporkan bersetuju untuk menerima dinar emas dan dirham perak dalam transaksi perniagaan mereka.
Dinar dan dirham itu dikeluarkan oleh anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Kelantan Golden Trade.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan Datuk Husam Musa berkata pelancaran mata wang syariah tersebut adalah pengenalan kepada sistem pertukaran barang yang menggunakan dinar dan dirham itu.
Namun Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mengingatkan kerajaan Kelantan tidak sewenang-wenangnya membuat peraturan baru seperti penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham tanpa merujuk kepada pusat.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kenyataan Nik Aziz bahawa dinar emas dan dirham perak itu akan dijadikan sebagai mata wang alternatif adalah jelas melanggar peraturan Bank Negara.
Selain itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib  Razak pula berkata hanya Bank Negara yang boleh mengeluarkan wang yang diiktiraf dan sah di negara ini.

MANUSIA BERNANAH DAN BERHINGUS

umat manusia terutama di malaysia tahun ini umpama sedang dalam pesta menuai bayi yang dilahirkan tanpa sah taraf. yang paling mendesingkan telinga adalah, setiap hari sejak 2,3 bulan kebelakangan ini, ada saje bayi yang dibuang tanpa belas kasihan. ibu bapa bayi tersebut tidak sempat dirakam gambarnye. itu yang menyebabkan bayi ini dinilaikan bayi terbuang. mungkin pada masa melahirkan bayi tersebut, otak ibunya tiga suku sebab terkena penyakit was-was. ibunya was-was antara nak pelihara atau nak membuang bayinya itu. namun dek kerana otaknye terkena henjutan elektrik yang bervoltan 2000 kilowatt pada masa tu, maka dibuangnya bayi tersebut.

maka matilah bayi itu dek kerana kesombongan nafsu "ibu dan bapanya". namun jika bernasib baik dengan takdir Allah, bayi itu dibiarkan hidup dengan meletakkan di masjid ataupun di depan rumah orang lain.

mungkin manusia yang membuang bayinye ini, malu dengan muke mereka yang berhingus dosa, bernanah nafsu!! maka, mereka tidak mahu bayi mereka mengatahui bahawa ibunya mengidap penyakit suke makan nanah nafsu dan meminum air najis buaya.

ingatlah pada larangan Allah bahawa janganlah kita mendekati zina!!!

WALLAHUALAM...

Monday, August 16, 2010

TERINGAT KEREMAJAANKU KETIKA DI KAMPUS (1).

ketika sedang membelek berita di akhbar online tentang pembelian jet pejuang oleh israel, PA teringat kembali ketika di zaman "pengkuliahkan diri" di universiti dahulu.

PA memang seorang yang sangat tersentuh dengan kesengsaraan penduduk palestin. setiap kali berita ataupun hal-hal yang berkaitan dengan palestin, mesti PA amik tahu. tak kisah la ape-ape pun hal yang berkaitan dengan palestin, tambah-tambah lagi dengan kesah perjuangan kehidupan rakyat palestin untuk melawan bangsa yahudi laknatullah.

ketika di kampus, pada semester pertama lagi, PA didedahkan dengan kisah-kisah tentang perjuangan umat palestin oleh brother2 yang ada kaitan dengan pertubuhan dakwah, ketika minggu haluan siswa, dalam satu program. mereka-mereka ni, memang satu kepala dengan PA iaitu untuk melihat masjidil Aqsa bebas dari israel.

ketika mengkisahkan tentang hal-hal yang berkaitan palestin, di akhir2 program, brother2 yang handle program tersebut, telah memberikan 3 soalan kuiz untuk para siswa-siswi. walaupun PA, tidak menjawab soalan tersebut, 2 soalan darinya adalah jawapan yang PA bisikkan kepada kawan. hadiahnya, ialah sebuah buku.

ketika, israel menyerang hizbullah, kami persatuan mahasiswa islam, telah mengadakan demonstrasi di dalam kampus untuk menunjukkan kemarahan kami terhadap serangan israel tersebut. walaupun demonstrasi itu tidak mendapat permit dari HEP kerana AUKU, namun kami tetap melaksanakan. pelajar-pelajar antarabangsa yang belajar di situ juga turut serta. apa yang menyedihkan adalah, halangan dari pihak HEP. kami melakukan bantahan secara aman, namun digasak oleh pengawal keselamatan supaya bersurai.

ketika seminar tentang palestin diadakan,  seorang penceramah menunjukkan slide gambar. satu gambar menunjukkan kubah al sakhra dan satu lagi gambar masjid aqsa. penceramah itu menanyakan yang mana satukah masjid aqsa yang sebenar. hadirin yang ada termasuk pensyarah terpinga-pinga, kerana mereka keliru yang mane satu masjid aqsa dan mane satu kubah al-sakhra. hanya 10 orang sahaja dengan penuh yakin menjawab dengan betul yang mane satu masjid aqsa dan yang mana satu kubah al sakhra. memang ternyata tipu daya yahudi seakan-akan berjaya dalam hal ini. namun, Allah bersumpah bawasanya, tipu daya Allah lebih berkesan berbanding tipu daya oleh musuh Allah!!

peta menunjukkan tentang wajah sebenar serta kedudukan masjid al-aqsa dan kubah al-sakhra (dome of the rock)







isu palestin bukanlah isu umat palestin sahaja kerana disitu adalah qiblat pertama kita, umat islam. jadi, janganlah kita melepaskan tanggungjawab pembebasannya terhadap umat palestin sahaja. kita seharusnya berganding bahu bersama. usaha yang dilakukan sejak kebelakangan ini untuk menghantar bantuan kepada umat palestin, amat disanjung. ape yang perlu ditekankan disini ialah, janganlah bantuan sama ada secara fizikal mahupun sokongan moral dan psikologi, dilakukan secara bermusim!! kita seharusnya berterusan untuk membantu mereka.

wallahualam....

Sunday, August 15, 2010

BERSIAP SEDIA UNTUK JIHAD FI SABILILLAH!!

Kementerian Pertahanan Israel telah meluluskan pembelian 20 buah jet pejuang terbaru F-35 buatan Amerika Syarikat (AS) bernilai AS$4 bilion (RM12.7 bilion). ini menunjukkan rejim laknatullah ini sedang dalam persiapan untuk menyerang republik islam iran.
Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak dalam satu kenyataan semalam berkata, kelulusan pembelian tersebut turut meliputi alat-alat ganti dan khidmat jaminan dibiayai menerusi dana bantuan tentera AS kepada rejim Israel.
Pesawat yang dikeluarkan firma AS, Lockhead Martin itu turut dikenali sebagai jet pejuang pelbagai fungsi selain ia tidak mampu dikesan oleh sistem radar musuh yang disifatkan sebagai persediaan untuk menghadapi serangan nuklear Iran.
bagi umat islam seluruh dunia, kita haruslah berjuang bersama umat islam di iran sekiranya mereka diserang walaupun mereka berfahaman syiah. dan bagi sesiapa yang mengkafirkan syiah, eloklah berlapang dada dalam perbezaan dengan puak-puak syiah kerana mereka juga saudara seagama kita!! 
wallahualam...


TENGOK BOLEH, PERCAYA.... , ERRR......?

Kajian Merdeka Centre..... mendapati:


1) 6 daripada 10 rakyat Malaysia tidak percaya media arus perdana.
2) 57 peratus orang Melayu tidak percaya pada laporan media arus perdana
3) 58 peratus responden Cina tidak percaya pada media arus perdana 


 klik sini


ulasan PA:


1) ana memang takkan percaya kalau berita pasal politik kat tv.
2) tengok boleh, percaya tak boleh. ape yang dilaporkan mesti diterbalikkan laporan tersebut.

UMAT ISLAM DI AMERIKA TAKUT NAK RAYE?

kebetulan ditakdirkan umat islam di amerika akan raye tahun ni bersamaan dengan 11 september, di mana tarikh ni lah tarikh yang keramat bagi semua penduduk dunia yang dapat menyaksikan bermulanya penjajahan dalam dunia moden terhadap umat islam. peristiwa 11 september yang penuh penipuan telah digambarkan secara menakutkan kepada manusia seperti ayam melihat pisau yang berdarah. peristiwa inilah juga dijadikan turning point oleh dajjal amerika untuk melaungkan "jihad" mereka terhadap umat islam.

maka, diserangnya negara umat islam yang pertama iaitu afghanistan yang mana mereka menceroboh sewenang-wenangnya seperti harimau kelaparan sayur, tanpa belas kasihan. alasannya ialah untuk menangkap osama ben laden yang juga bekas tali barut mereka dalam pengusiran soviet union satu ketika dulu. perjuangan osama masih lagi dipandang menyeleweng oleh gerakan-gerakan islam yang lain walaupun osama kerap kali juga melaungkan jihad fi sabilillah.

tidak cukup dengan afghanistan, iraq pula menjadi mangsa kerana hanya disyaki terdapatnya senjata nuklear yang tidak dapat dibuktikan!! malah sampai ke hari ini, dengan penuh memalukan bush terpaksa menutup mukanye dengan seluar dalamnya kerana, tidak dapat menunjukkan sedikitpun bukti tentang nuklear yang dibangunkan iraq. tetapi, mereka kemudiannya menukar slogan peperangan mereka kepada slogan pembebasan iraq.

sekarang ini iran pula ditekan!! ini hanyalah kisah2 kepada permulaan islamphobia yang dimulakan oleh mnate bush dan sekutu-sekutunya!!


hari ni, Pertubuhan-pertubuhan Islam Amerika Syarikat (AS) menggesa agensi penguatkuasa berkawal pada Hari Raya Aidilfitri bulan depan, yang kebetulan disambut pada 11 September, ulang tahun kesembilan serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Pengarah Komunikasi Majlis Hal Ehwal Awam Islam (MPAC), Edina Lekovic berkata, agensi tempatan dan persekutuan seluruh negara diminta berjaga-jaga semasa Aidilfitri.
Menurutnya, amaran dibuat berdasarkan 'persekitaran Islamofobia yang kian memuncak' sejak beberapa bulan lalu, berikutan bantahan terhadap rancangan pembinaan pusat Islam dan masjid di Manhattan, tidak jauh dari tapak Ground Zero.


tk lama lagi spupu PA juga akan ke amerika untuk belajar kat sane. tak tahulah macam mane dia nak hadapi suasan kat sane.

Friday, August 13, 2010

DI MANAKAH KEDUDUKAN UNIVERSITI KITA?

sekali lagi kajian tentang kedudukan universiti yang terbaik di dunia dikeluarkan. namun kali ini, ia dikeluarkan oleh panel dari Universiti Jiaotong, china. sekali lagi untuk tahun ke lapan berturut-turut ia telah didahului oleh universiti Harvard, amerika syarikat.



Senarai itu juga meletakkan Universiti California di tempat kedua manakala Universiti Stanford di tempat ketiga. Jiaotong
melalui Pusat Penyelidikan Universitinya yang bertaraf dunia membuat senarai itu dengan memberi fokus kepada pencapaian saintifik setiap universiti tanpa mengambil kira pencapaian ilmu kemanusiaannya. Selain itu, mereka juga mengambil kira berapa banyak pingat Nobel yang diperolehi serta pencapaian para alumni setiap universiti terbabit.



persoalannya:


1) di manakah kedudukan universiti malaysia di dalam penelitian kali ini.
2) sekiranya, universiti malaysia tiada dalam kedudukan 100 terbaik, apakah tahap pendidikana kita terlalu teruk.
3) sekiranya, universiti malaysia ada dalam senarai 100 terbaik, apakah kita boleh menerima penggredan ini?


orang-orang yang terbabit di dalam pentadbiran pendidikan di malaysia seakan-akan terbawa dengan perangai politik, yang mana, sekiranya universiti di malaysia tiada dalam senarai 100 terbaik, maka mereka-mereka semua akan mempersoalkan kriteria-kriteria yang digunakan untuk menilai prestasi sesebuah universiti.


NAMUN, SEKIRANYA UNIVERSITI DI MALAYSIA TERSENARAI DI DALAM TOP RANKING, MAKA MEREKA-MEREKA AKAN MENDABIK DADA DENGAN MENGATAKAN: 


1) SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA TELAH DIIKITIRAF DUNIA
2) SEGALA POLISI YANG DIJALANKAN MENAMPAKKAN HASIL


ape yang penting disini ialah  KONSISTENSI ATAUPUN ISTIQOMAH!!


WALLAHUALAM...



FATWA YANG MENGELIRUKAN DARI ALIRAN PERDANA?

Beberapa bulan lalu, seorang ulama Arab Saudi menyatakan muzik tidak haram manakala seorang lagi ulama menggalakkan penyusuan badan di kalangan lelaki dewasa, yang mencetuskan perdebatan di negara ini berhubung siapa sebenarnya yang boleh mengeluarkan fatwa.

Menurut ulama dari Riyadh, Adel al-Kalbani berkata, tidak terdapat hadith atau ayat Al-Quran yang memutuskan bahawa menyanyi dan muzik itu haram, sementara seorang lagi ulama kanan, Sheikh Abdul Mohsen al-Obeikan berkata, lelaki dewasa yang menyusu badan boleh dianggap sebagai anak kepada wanita terbabit.

sebelum ini pun, terdapat banyak fatwa-fatwa yang dikeluarkan golongan yang bergelar ulamak dalam menangani sesuatu permasalahan. badan fatwa eropah mengeluarkan fatwa bahawa, pemain bola sepak yang diikat kontrak secara profesional, tidak diwajibkan berpuasa pada hari perlawanan.

ini akan memberikan kecelaruan dalam pemikiran umat islam di seluruh dunia.

MEMANG BENAR SETIAP ULAMAK ADA IJTIHAD PEMIKIRANNYA SENDIRI. NAMAUN APAKAH IJTIHAD ITU BENAR-BENAR SAHIH KEBENARANNYA?

wallahualam..

Thursday, August 12, 2010

bisnes serunding

pada bulan ramadhan memang tidak lengkap kalau kita tidak menyentuh tentang makanan. apabila ramadhan semakin hampir, orang sudah berkira-kira tentang juadah yang akan dihidangkan untuk berbuka dan juga untuk sahur. ape yg PA nk post kan kali ini ialah tentang serunding. serunding kampong laut adalah serunding yang paling sedap d malaysia. tanyalah sape2 pun, pasti akan mengakui kesedapan serunding yang dihasilkan di kampong laut. kalau dikira 10 tahun dahulu, serunding di kampong laut hanya dibuat dengan menggunakan daging lembu dan ikan. namun sekarang ini divariasikan lagi dengan penggunaan daging ayam dan ada juga pengusaha yang menggunakan daging haiwan2 yang lain. serunding enak dimakan bersama nasik putih serta roti.



                                                                     serunding ayam

bahan-bahan: isi ayam (direbus), santan, ketumbar, bawang merah, bawang putih, cili, gula,garam.




                                                                    serunding daging


bahan-bahan: isi daging lembu(direbus), santan, ketumbar, bawang merah, bawang putih, cili, gula,garam.




                                                                       serunding ikan

bahan-bahan: isi ikan(direbus), santan, ketumbar, bawang merah, bawang putih, cili, gula,garam.

PA pernah menjadi tukang goreng serunding suatu masa dahulu. memang memenatkan dan untuk pengetahuan semua, menggoreng serunding perlu ada kepakaran, ketelitian serta kekuatan supaya serunding yang dihasilkan tidak menjadi hitam. pengawasan terhadap api yang digunakan perlu dijaga setiap masa. kepada sesapa yang ingin membeli serunding dengan PA, bolehlah menghubungi PA. harga masih boleh dirundingkan. anda pasti puas hati dengan keenakan serunding ni yang ternyata sedap serta asli di samping harga yang berpatutan.