Wednesday, September 8, 2010

aksi tv3 yang terlampau

sudah acapkali juga stesen penyiaran swasta melakukan sesuatu perkara yang tidak menunjukkan ketidaksensitifan mereka terhadap agama islam. mereka hanya semata-mata mahu menyebarkan idea yang kemodenan yang banyak kali juga telah melanggar hukum agama.

iklan yang memaparkan tentang sambutan hari raye yang dicampuradukkan antara unsur islam dengan unsur agama hindu, kristian telah menggemparkan negara. iklan tersebut ingin menggambarkan semangat 1 malaysia tanpa memikirkan komplikasi yang akan tersebar kepada masyarakat. sebelum mereka ingin mencipta sesuatu projek, mereka seharusnya memikirkan sensitivit umat islam.

syukur ke hadrat illahi, kerana masih ada segolongan manusia yang mahu menjaga agama islam dari dicemari oleh pemikiran liberalisme. Pas, yang sejak penubuhannya telah meletakkan kesucian islam di tempat teratas telah mendahului bantahan sehingga membawa pelupusan iklan tersebut. ini membezakan antara umno dengan pas, yang mana, ulamak yang ada dalam umno kurang peka ataupun buat-buat tak nampak terhadap pelanggaran sensitiviti islam ini.

menurut laporan, iklan sinari lebaran selama seminit itu menggambarkan seorang lelaki tua mengajak kanak-kanak menaiki beca ajaib sehingga melintasi bulan.perlakuan ini menyamai kepercayaan kristian di mana seorang santa claus menaiki kereta rusanye terbang di angkasa.

Iklan tersebut diterbitkan oleh Pengarah Kreatif TV3, Douglas Khoo Hong Seng dengan kos penerbitan RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI).





Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk. 


sebelum ini, program anugerah juara lagu AJL 24  telah memasukkan unsur freemason di dalam konsep pementasan background program tersebut walaupun dinafikan oleh ketua mereka.


freemansory-AJL24
 Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red.


Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.












anugerah juara lagu








apakah motif sebenar tv3 di dalam pembikinan rancangan-rancangan terbitan mereka?
apakah ingin menyebarkan islam liberal?


ingatlah wahai manusia. seperti yang dijanjikan oleh Allah. pasti akan ada satu golongan yang akan menentang kemungkaran...wallahualam