Sunday, September 20, 2009

JANJI-JANJI ALLAH S.W.T.

ku dikejar bayang2 resah,
jika atiku masih tak berubah.
jika ku lupa Tuhan Yang Esa.
mungkin ku tidak kan diredhainya.
tiada lafaz yang lebih agung,
kalimah cintaku,
untuk Tuhan Yang satu.

umat islam di malaysia harus bersyukur kerana gelombang tipu daya yang dialunkan oleh pihak kuffar belum dapat menembusi benteng ketaqwaan yang telah tersemat di lembah hati kita. Dengan kerjasama kerajaan yang sentiasa sedar dengan dakyah puak kuffar ini, ditambah dengan tahap pemahaman tentang ajaran islam yang sebenar, ancaman yang ingin menjatuhkan islam ini masih lagi dapat ditangkis dengan berkesan sekali. Syiar pengembangan ajaran islam di negara kita masih lagi bersinar serta dapat diamalkan dengan bebas tetapi dalam masa yang sama, agama lain juga dibenarkan. Ini bertepatan dengan firman Allah Ta'ala yang bermaksud, "Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam)" (Al-Baqarah:256) dan ayat "Maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah dia beriman dan siapa sahaja yang ingin (kafir) biarlah dia kafir" (Al-Kahfi:29).

Umat islam di negara kita haruslah berganding bahu dan berpadu tenaga dalam membangunkan agama islam di seluruh negara. Badan-badan bukan kerajaan bersama masyarakat sekeliling haruslah bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan untuk menggerakkan pembangunan benteng ketaqwaan, yang perlu disemat di dalam jiwa masyarakat untuk terus mempertahankan kesucian agama islam ini. Institusi masjid haruslah bergerak secara kolektif serta aktif dalam merencanakan pembangunan islam di negara kita sama ada dalam aspek ekonomi, sosial, spiritual serta dalam setiap cabang apa-apa pun. Ini kerana, ketika kegemilangan tamadun islam yang terdahulu, kecemerlangan mereka adalah berakar dari institusi masjid. Ini kerana setiap aktiviti yang dilakukan adalah berpusat di masjid.

No comments: